Monday, November 27, 2017

im breaking (again)


semalam kins minta tolong ambil dia kat ktm arau. jadi, lepas maghrib je terus aku pergi lepas hantar cekyam ke dtso. walaupun kalau nak diikutkan rumah kins dengan arau tu perjalanannya cuma selang dua tiga stesen. tapi, aku memang niat nak bawak slow-slow sambil merenung jalan haha. driving to me macam escapism. haha just like sleeping.

aku tak tahu kenapa tapi aku sedih sangat semalam. sebenarnya lepas solat aku rasa nak menangis sangat sebab teringat dekat tok. ataupun, bila aku sedih aku akan teringat dekat tok yang akan membuatkan aku nak menangis jugak. lately i am behaving either ways. and i keep crying out of nowhere randomly 😌

selalunya memang aku menangis je. sebab everytime aku rasa bahawa hidup aku ini adalah satu kegagalan, maka secara automatik aku akan teringat dekat tok. sebab aku tahu macam mana tok punya harapan dekat aku. sebab aku tahu tok selalu bagi aku semangat kalau aku call cakap susahnya belajar. tapi semua tu dah tak ada :(

tengah drive tiba-tiba radio mainkan lagu photograph - ed sheeran. masyaAllah menitik-nitik air mata sambil tersedu sedan dari awal lagu sampai habis. lencun. sebab teringat tok. sebab kecewa. sebab sedih. sebab rasa tak berguna. sebab benci hidup macam ni. kalaulah ika boleh cakap kat tok, betapa sunyinya ika nak hadap hidup ni. kalaulah ika boleh cakap kat tok betapa ika nak tinggalkan semua ni lepastu blah pergi korea. haha. :'(

dah sampai ktm kena berhenti menangis. sebab kins lagi sedih dari aku. mak dia sakit. (doakan mak kins cepat sihat :)) cukuplah seorang demi seorang menangis. then i hold myself, as usual.


ika rindu tok.
alfatihah

(Loving can heal, loving can mend your soul
And it's the only thing that I know, know
I swear it will get easier,
Remember that with every piece of you
Hm, and it's the only thing we take with us when we die)