rasa macam sudah berkurun lamanya tak menulis. banyak sangat benda yang dah berlaku. dan aku rasa dah tak ada orang yang baca blog aku dah pun. eloklah. lagi tenang mahu berbicara ehhhh. banyak sangat benda yang dah jadi. tahun 2018 pun sudah melebihi separuh alhamdulillah untuk the good and bad things yang berlaku.
pertamanya, yeayyyy alhamdulillah dah habis belajar. akhirnya selepas lima tahun fokus dalam bidang undang-undang, rasa macam dah boleh tarik nafas legaaaaaaaa sebab rasa macam dah tak nak terlibat apa-apa dah. sebab tu lah, kawan-kawan aku kalut fikir pasal chambering dan aku masih hehehehe lagi. alahai. tapi aku ada niat je nak chambering, sebab alang-alang dah ambil degree law kan macam rugi lah kalau tak called to the bar. lagipula, dah ini bidang yang aku ambil, memang tak boleh lari kemana pun. sebab aku tak ada kemahiran yang lain pun. rasanya memang kena hadap sampai tua lah. tapi itulah, berikan aku ruang untuk bernafas sebentar. begituuuuuu.
keduanya, aku dalam fasa malas, tidak mahu berjuang dan berputus asa. sebab hati aku tengah pecah, retak dan bersepai. jadi, aku dalam fasa hidup yang bagi aku sangat kritikal sebab aku sampai tahap lepas solat aku bacakan alfatihah je untuk tok sebab benda tu memang wajib aku buat setiap masa sebab aku memang sayang arwah tok sangat dan aku malas nak berdoa untuk aku. sebab aku rasa kalau aku mintak pun bukan dapat? masyaAllah begitu teruknya aku punya kecewa. tapi aku dah perlahan-lahan bina balik aku punya jiwa sebab aku rasa bersalah sangat buat macam tu. padahal dugaan aku, kecewa aku bukanlah apa sangat pun kalau nak dibandingkan dengan orang yang lagi jauhhhhhh diuji. jadi, aku dah sampai tahap kena paksa diri aku berdoa supaya aku sedar yang aku ini cuma picisan dan aku sangat perlu untuk berdoa supaya tuhan sangat mendengari aku.
jadi aku keep tengok inspiring quotes and videos, sampailah aku jumpa video aida azlin pasal positivity yang dia ada quote pasal hadis ni; “How wonderful is the affair of the believer, for his affairs are all good, and this applies to no one but the believer. If something good happens to him, he is thankful for it and that is good for him. If something bad happens to him, he bears it with patience and that is good for him.” (Narrated by Muslim, 2999)
and that is so beautiful.
terasa macam dipeluk-peluk, dipujuk-pujuk. di usia begini tapi masih lagi struggle dengan kesabaran, rasa macam malu sangat dengan tuhan. tapi, i really try so hard. i do.
semoga semuanya akan baik-baik sahaja.
tenteram dan aman selalu.
.
.
.
.
.
masih kena chambering juga. sebab aku nak pergi travel. i really need to save up money so i can go far away, at least whenever in need.