Wednesday, January 27, 2016

life is not meant to be at one place


aku ada banyak sangat tempat yang nak pergi. kalau boleh, nak lekat peta malaysia dan peta dunia kat dinding lepas tu scratch je mana yang dah pergi.

tapi kalau sekarang, mesti kosong lagi. hahaha.

kekangan yang paling besar, ada dua je. consent and money. 

literalnya dah 21. mama, iqa dah besar. kawan-kawan iqa pun semua dah besar. tapi nak dapatkan consent tu, alahai gayanya macam aku ni baru 12 tahun. 

mama pernah cakap kalau nak pergi mana-mana, kahwin dulu. WHAT? WHATTTTTT? mama i dont need man to survive. (life is cruel) (absolutely)

dan...

duit. rancang situ sini alahai duitnya asyik ke laut. hahaha. menyampah betul. macam mana nak simpan duit kalau asyik tergilakan chicken chop kat kafe tu. 

okay sem 4 kena serius simpan duit.

bayangkan nak pergi langkawi pun tak ada duit. padahal jeti setengah jam ke lebih sikit dari uum hahah sobs. apatah lagi nak pergi thailand ataupun indonesia padahal thailand tu sebelah je serius sebelah je. sintok kot. paling hujung malaysia dah tu. 

okay serius kena menabung. ini serius. 
(you gotta do this) (you are not getting any younger) 




Sunday, January 24, 2016

sayang // ft


aku ini jenis, kalau satu, satu. sampailah aku bosan dengan sendirinya. contohnya kalau separuh semester tu aku suka nasi goreng tomyam di kafe cengkih, memang hari-hari aku akan pesan makanan tu.

kalau air, satu semester minum teh bunga, haaaaa tiap kali pergi kafe memang teh bunga. lepas teh bunga, gila teh hijau pula. haaaaaa memang sentuh teh hijau je lah. geng aku memang geleng kepala je tengok perangai aku. hahaha tapi dalam geng kami, aku dengan wanie senrose yang perangai macam ni! yeayyyy kami setia! (mungkin setia tak bertempat hahahaha)

macam tu juga lah dengan lagu. sampai rumet aku cakap tiap kali dengar terima kasih cinta, mesti teringat semester 2 kami sebab aku memang setia dengan lagu tu je. dia pun dah bosan dengar berjuta kali aku repeat lagu tu. tapi di semester 3 langsung aku tak mainkan lagu tu! hahaha.

sekarang memang tengah gilakan- sayang // faizal tahir.

lagu ini sumpah simple. macam lullaby je nak bagi orang tidur aman. tapi, lagu ini macam ada sesuatu. ada sesuatu untuk aku.

it soothes my soul. i dont know why but this song pulls out my negativity towards cruel world. it tells me to leave hatred way behind. it tells me to love way further. it tells me to not hesitate that god is really with me. and it tells me to sleep! hahaha i love sleeping. i know we love sleeping. maybe everyone loves to sleep because it takes us away from reality. escapism, the best escapism to recharge and rethink. (at least, for me)

tak tahu. tapi, aku rasa ikhlas dalam lagu ni. hahaha bukan maaaaaain ikhlas bagai. tapi, serius.. aku rasa.

SAYANG TIDUR SAJA SAYANG
LUPAKAN SAJA SEMALAM

rasa macam separuh aku yang nyanyi untuk separuh aku yang tinggal.

rasa macam separuh aku yang sedang beri aku harapan untuk separuh aku bahawa esok yang indah mungkin masih ada.

separuh aku adalah saksi separuh aku pada dewasa dan air mata.

BIAR LUKA DIUBATI WAKTU
TUHAN SELALU DENGAN MU