kat sini wajib masuk kokurikulum kan, untuk 4 semester, jadi aku masuk unit kemahiran hidup sub-unit kembara... gituuuuuuu. untuk semester ini, kami ada camp di pantai merdeka. 15, 16 & 17 oktober. di tengah haru biru assignment, exam bagai.. tapi memang wajib pergi la kan.
malam tu bertolak lepas maghrib. sebab pantai merdeka pun dua jam juga dari sintok walaupun kat kedah. so, macam biasalah mereput dalam bas macam pergi lawatan. sampai sana terus pasang khemah apa semua. aktiviti yang pertama, night walk! pukul 1 pagi lebih baru nak night walk. kemaaaain. cikmat bawak naik bukit apa entah. betul-betul rasa macam seekers sangat. kau bayangkan panjat bukit curam tu takde tali apa bagai ada dahan akar je semak sobs dengan headlamp bagai. lepastu cikmat suruh jalan sorang-sorang dalam 500 meter kat tengah-tengah hutan tu dalam pukul 3 pagi. acah build confident haha. kesimpulannya, hari pertama tidur jam 4 pagi dengan gigih bangun pukul 6.
hari kedua yang penat. pagi, orienteering dan absailing! aku partner dengan din, dapat hamper okay! mungkin cikgu rohaya akan berbangga dengan aku haha tak sia-sia masuk kelab geografi kat sekolah lol terima kasih cikgu dan cikmas kalau tak sampai ke sudah mungkin saya masih tak reti baca kompas. #achievementunlocked
dah habis orienteering, lepak dengan group aku sementara tunggu group satu lagi habis absailing. sambil kena kecam dengan cokie dan syazrie sebab baca buku family law. woi, aku ada exam! terpaksa -.- okey, #achievementunlocked juga sebab dah berjaya absailing naik turun bangunan guna tali. ahahaha. bukan tinggi pun. tapi, masa part naik tu, aku naik sampai 3/4 je. lepas tu, turun. sebab tak mampu. kesian sathis. bersungguh tolong aku panjat tali. (padahal aku yang paksa dia jangan lepas tali) sampai ke tahap tersekat kejap kat tengah-tengah alam sebab tak larat nak buka tali nak turunkan diri. sumpah penat. patutlah masa sem lepas, classmate aku pengsan masa tengah buat absailing. kau bayangkan penat dia macam mana nak tampung diri sendiri.
gigih pula tak mengalah nak pergi tali satu lagi untuk part turun. cuak part turun sebab kau bayangkan, kalau tali yang kau pegang tu tak kemas lepastu meluncur turun macam tu je tak ke sia-sia gadaikan nyawa? coach punyalah cakap, takpe. tali ni akan brek. kan dah pegang. ahahhaa. akhirnya. berjaya jugak.
petang, the best part! kayak dari pantai merdeka tu sampai tanjung dawai. kat tengah-tengah laut. aku tak tahu lah nak cakap jauh mana tapi kau bayangkan tengah-tengah laut yang kena naik bot untuk menyeberang. #achievementunlocked ahaha dengan azri, nasib partner dengan dia. mostly dia yang banyak lead dan gigih dayung almaklumlah. masa sampai kat tanjung dawai, coaches belanja semua orang minum abc! dah lah tengah basah kuyup, mungkin sebab coaches nak bagi kekuatan untuk dayung balik ke pantai. (nangis terharu)
malam, tak ada apa. bbq lepastu lepak-lepak borak-borak main game funrun dengan nef dan famy sampai 2 pagi! lol! aku tak pernah terfikir pun kami akan kongsi banyak cerita bersama hahahah sebab kalau kat kuliah, memang takde leisure la kan. rasa macam tengah campfire cuma tak ada api.
hari terakhir, pagi tu kelas kami gotong-royong bersihkan jalan kampung. hakikatnya, yang lelaki je duk main libas dengan parang manakala kami ikut je rombongan. bagi sokongan katakan. dah bersiap, kemas barang, majlis penutup, dalam pukul 330 dah settle kat bas. sempat pergi jalan-jalan minum abc kat pantai. meriah sungguh pantai merdeka diorang! pukul 5 gerak balik :')
tak tahu kenapa tapi tak boleh move on. bila camping ni, kita jadi kenal masing-masing. susah payah bersama. senang ketawa bersama. yang paling penting, banyak #achievementunlocked! hahaha. sayang cikmat. sayang coaches. sayang kembara. (walaupun masa penat memang menyesal tahap tak mampu nak hidup dah) (perkara biasa)
"if i got locked away, and we lost it all today.. tell me honestly would you still love me the same?
if i showed you my flaws, if i couldn't be strong.. tell me honestly would you still love me the same?"