sekarang tengah gila main cubic. tapi, macam biasala.. aku kan slow bab-bab berfikir dengan menggunakan kemahiran yang bukan menulis ni hahaha jadi sampai ke sudah memang satu base warna je yang aku mampu buat tiap kali.
haiqa pesan suruh tengok youtube, masalahnya, tengok orang buat kat youtube pun tak faham?!
hahaha. cubic ni haiqa belikan. okay, aku yang paksa haiqa belikan kot. kahkah.
"baby kau nak aku lembab seumur hidup keeeee. belikan pleaseeeee. naaaak."
sambil pegang cubic merayu-rayu kat cmart.
"hmmm ye laa ye laaah. ambik lah"
taraaaa. haiqa jugak yang bangga dengan aku bila aku dapat buat walau satu base lol. sebab dulu memang aku campak je cubic dia kat lantai masa dia suruh aku main. stress okay!
dari kecik lagi aku nak ada cubic sendiri. setelah 20 tahun hidup baru dapat hihu. thank youuuuu baby. walaupun roommate aku cakap mungkin selepas lima tahun baru aku boleh buat perfect base masa aku gigih terkial-kial. biaaaaaadap -.-
No comments:
Post a Comment