Saturday, March 26, 2016

teman sebilik & hospital


ianya hari yang panjang, sangat panjang.

ceritanya, lepas balik kelas islamic banking semalam dalam tengah hari, terus pergi pku jumpa doktor sebab tangan ika masih tak baik-baik dan hari itu dr tak xray pun. sepatutnya kena xray la kan. bila dah jumpa doktor lain pada kali yang kedua, doktor xray lepas tu doktor rujuk pergi hospital jitra, sebab ada something yang tak kena dengan tulang tangan dia. makanya, berdua lah dengan ika naik ambulan universiti. first time okay! laju gila. hahahaha. dah sampai jitra dalam pukul 3, terus masuk kecemasan la kan. aku tunggu kat luar, sambil mengagau lapar. kami lapar. balik kelas tak sempat makan T_T nasib baik ada goreng pisang. doktor nak simen tangan ika. dalam pukul 7 petang tu, ika panggil. katanya doktor tak dapat buat. haaaa. satu hal lagi kena naik ambulan pergi alor setar pulak. tapi, masalahnya aku tak boleh ikut naik ambulan sebab dah penuh. patient lain pun ada.

macam orang gila call felo, tak dapat. macam mana ni?! call budak-budak ni. sebab tak tahu nak buat apa. dah la kami berdua je kat situ. T____T ika pergi dulu dengan ambulan. aku kat surau. duk fikir macam mana nak buat. masalah paling BESAR bila fon ika dah nak mati, fon aku dah mati, tinggal fon biasa yang takde internet dan CUMA ada nombor orang-orang yang penting. hahahaha menangis! MACAM MANA AKU NAK PERGI ALOR SETAR?! jauh kot. takkan aku nak naik teksi sorang-sorang? mana aku nak cari teksi malam-malam? berani pulak aku.

dah malam, call ipahh tak boleh buat apa. call muz tak dapat-dapat, adalah dalam sepuluh kali. call felo tak dapat. nak whatsapp lagi lah tak boleh. rupanya muz pergi surau tinggal phone. bila dia call balik, hahahahahahahahahaha menangis macam tak ingat kat dunia. sampai muz suruh aku bertenang dulu baru cakap elok-elok. bayangkan macam mana perasaannya tak ada harapan tu. kebetulan pulak franky lalu kat bilik muz, cakap pulak dengan franky. alahai, pun sama. tak boleh nak bercakap jugak. beria menangis macam putus cinta! hahaha. dah nak buat macam mana. sebab aku memang tak ada arah dah. franky dengan muz suruh bertenang. nanti diorang datang ambil bawa pergi jumpa ika.

franky datang dengan muz dengan daus. malam tu sepatutnya ada rehearsal program english carnival ika, itu yang kalut semacam. diorang pun terpaksa tinggal suruh budak-budak jkps lain yang handle program kat kolej. nasib baik ada team yang memang jenis macam pengganti keluarga kat sini T_T

dah sampai hospital, satu hal pulak tak tahu mana nak cari ika. hahaha. akhirnya pergi kecemasan. tanya ada tak budaknya. haaa, nasib baik ada kat wad pemerhatian. oh roommateku! doktor cakap nak kena simen lagi sekali la apa entah sebab tulang teralih pastu retak apa benda maaf lembab biology hewhewhew.

pukul 1 pagi lebih pergi makan nasi kandar dengan diorang. sebab lapar! itupun nasib baik franky dah belikan roti masa berhenti. dah nak kena tunggu ika simen. budak bertiga tu keluar dulu pusing-pusing kawasan. kitorang pun macam fikir, nak suruh diorang balik dulu ke atau tunggu je sampai esok pagi suami ika jemput. masalahnya, semua fon mati. SEMUA. acano tu? alahai dugaan. tapi ika cakap doktor cakap nak simen sekejap je masa aku keluar pergi makan. haaa, kitorang pun mintak la diorang tunggu. jadinya, diorang tunggu kat kereta je. tido. aku je teman ika.

sebelumnya tu, siap kena marah dengan nurse lagi. T__________T sebab aku baring atas katil dengan ika. nurse tu kejut, "awak bukan pesakit kan? keluar." kau bayangkan nada suara yang macam cikgu disiplin. hahahahaha. fine. sampai hati... T.T

masa tunggu depan bilik plaster tu, punyalah lama nak tunggu turn nak simen, aku memang dah tak tahan dah. ada kotak-kotak apa entah tepi dinding tu, aku sandar je kat kotak. lama-lama dah tak tahan sangat, aku baring je atas lantai beralaskan handbag ika. memang merempat hahaha. pesakit-pesakit lain yang tengah berkerusi roda menunggu pun macam alahai kesiannya budak ni kesiannya kesiannya kesiannya. masalahnya memang lena! sebab sejuk. haha bila ika dah keluar siap bersimen tangan baru sedar. itupun tak tahu bila masa dia pergi masuk nak bersimen haihh. dah selesai simen, ingatkan dah boleh terus balik. tapi, tak. kena xray lagi sekali. tunggu mc. buat next appointment. bayar. ambil ubat. aku dah macam orang gila mamai.

akhirnya, pukul 430 pagi baru settle semua! yeayyy! budak-budak dalam kereta tu siap lenaaa bak hang. ketuk-ketuk cermin baru sedar. yeayy pulang ke uum. boleh bayangkan tak macam mana tough nya hari tu? memang mental dan physical breakdown fuhh. hahaha tapi lepas settle semua memang kena ejek la kan dengan franky, muz sebab nangis-nangis macam apaaaaaa kat telefon. dah la diorang kecoh kat group. esoknya, turun cenderawasih, jumpa diorang, "izz okay?" "izz okay tak?" "kenapa menangis semalam?" "muz cakap nangis sebab kena tinggal?" hahahahaha. ni macam roommate sakit, aku pun sakit jugak ke?

ika dah balik negeri sembilan. dapat cuti k. aku pula bosan, duduk dengan tamtam. cakap dengan tamtam yang takde mulut la cerita dia sampai roommate aku balik. (CEPAT BALIK, JANGAN CUTI LAMA-LAMA!)

tapi, kan. bila ingat balik. alahai! manisnya semua orang. semoga tuhan balas jasa sayang-sayang aku ni. macam mana tak sayang? macam mana? walaupun lepas tu kena ejek hahahaha siap kena ceramah lagi dengan muz lain kali kena relaks kena cool okay haaaaa cool laa engkau laki. T____T dah la dua tiga hari hidup meraba-raba sebab spek patah, hailaaa, kalau sorang-sorang tak tahu la jadi apa.







(tolong doakan roommate aku cepat sembuh)
(tolong doakan aku tak cengeng hahahaha wth)
(gambar tak skema semua dalam phone)


Sunday, March 13, 2016

cepat sembuh, tok.


aku ingat aku takkan menangis. aku fikir aku dah kuat. tapi, tadi masa salam dengan tok kat rumah sebelum naik bas, terus bergenang air mata. tok pesan belajar sungguh-sungguh. aku angguk. tok tanya, bila lagi nak balik? aku jawab bulan enam, dengan suara tahan daripada air mata jatuh.

lepas papa balik dari masjid, riuh sebab lambat nak pergi stesen bas. dia yang balik lambat, dia yang membebel kat kita sebab tak ingatkan dia awal-awal -.-'

padahal petang tadi bukan main papa cakap pukul 7 dah nak gerak pergi hantar sebab bas pukul 8. haaaaaa, aku rasa macam dah tak ada hari esok masa papa bawa kereta. lajunya ya tuhan! dalam laju tu, tertinggal juga bas. padahal lambat tiga minit je.

apa lagi, satu hal pula kejar bas. nasib baik tak jauh. turun kereta, salam mama papa lepas tu naik bas. dan aku ingat aku takkan menangis. duduk je atas kerusi, terus menangis macam tak ada hari esok. teringatkan tok. teringatkan orang-orang yang aku sayang. teringatkan kucing.

tapi paling sebak sebab terpaksa tinggal tok la. aku tak tahu pun tok tak sihat, sebab demam dan biasalah, dah tua. jarang aku tengok tok sakit macam tu. aku sampai rumah hari khamis sebab nak selesaikan dokumen. rupanya tok dah ada kat rumah aku. hari ini, ahad, nak tak nak kena balik juga. khamis dah ponteng. sabtu ponteng. ahad pun ponteng.

masa aku tinggal tok tadi, aku harap sangat tok cepat-cepat sihat. tok, tok cakap nak tengok ika jadi lawyer kan? tok kena sihat macam biasa okay! ika sayang tok.

patutlah tuhan kata menuntut ilmu itu satu jihad. sebab perit. sebab kena tinggal segalanya yang kita sayang walaupun sementara. sebab sakit nak kena hidup sorang-sorang jauh dari keluarga.

tok, nanti ika balik tau.
cepat sembuh, tok.




Saturday, March 12, 2016

apa lagi?


hati sudah hampir pecah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tapi tak mampu buat apa-apa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

terlalu sakit untuk sakit

.
.
.
.
.
.
.
.

apa lagi salah aku? selepas aku cuba yang terbaik dalam ribut?


Thursday, March 3, 2016

qowiyy


aku tak boleh hidup kalau di sekeliling aku penuh sangat dengan tekanan. sebab aku sangat mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh emosi persekitaran.

tuhan, berikanlah kekuatan kepada kami,
di sepanjang semester ini,
di apa pun keadaan yang kami lalui.

aku sayang orang-orang yang aku sayang.
aku sayang,