Sunday, March 13, 2016

cepat sembuh, tok.


aku ingat aku takkan menangis. aku fikir aku dah kuat. tapi, tadi masa salam dengan tok kat rumah sebelum naik bas, terus bergenang air mata. tok pesan belajar sungguh-sungguh. aku angguk. tok tanya, bila lagi nak balik? aku jawab bulan enam, dengan suara tahan daripada air mata jatuh.

lepas papa balik dari masjid, riuh sebab lambat nak pergi stesen bas. dia yang balik lambat, dia yang membebel kat kita sebab tak ingatkan dia awal-awal -.-'

padahal petang tadi bukan main papa cakap pukul 7 dah nak gerak pergi hantar sebab bas pukul 8. haaaaaa, aku rasa macam dah tak ada hari esok masa papa bawa kereta. lajunya ya tuhan! dalam laju tu, tertinggal juga bas. padahal lambat tiga minit je.

apa lagi, satu hal pula kejar bas. nasib baik tak jauh. turun kereta, salam mama papa lepas tu naik bas. dan aku ingat aku takkan menangis. duduk je atas kerusi, terus menangis macam tak ada hari esok. teringatkan tok. teringatkan orang-orang yang aku sayang. teringatkan kucing.

tapi paling sebak sebab terpaksa tinggal tok la. aku tak tahu pun tok tak sihat, sebab demam dan biasalah, dah tua. jarang aku tengok tok sakit macam tu. aku sampai rumah hari khamis sebab nak selesaikan dokumen. rupanya tok dah ada kat rumah aku. hari ini, ahad, nak tak nak kena balik juga. khamis dah ponteng. sabtu ponteng. ahad pun ponteng.

masa aku tinggal tok tadi, aku harap sangat tok cepat-cepat sihat. tok, tok cakap nak tengok ika jadi lawyer kan? tok kena sihat macam biasa okay! ika sayang tok.

patutlah tuhan kata menuntut ilmu itu satu jihad. sebab perit. sebab kena tinggal segalanya yang kita sayang walaupun sementara. sebab sakit nak kena hidup sorang-sorang jauh dari keluarga.

tok, nanti ika balik tau.
cepat sembuh, tok.




2 comments:

Nudra Shafini said...

Iqa, semoga tok cepat sembuh. Bertabahlah hidup & cepat-cepat jadi lawyer, saya pun tak sabar nak tengok :')

MIERAHNAJIHAN said...

moga tok cepat sembuh. :(
tadi gi tengok tok kt rumah iqa.