pagi ini tuan izan duk riuh di pejabat ambil file apa semua untuk sebutan kes 302kk di majistret setiu dan tiba-tiba, "haaa syafiqah, nak ikut?" uishhh. tak sampai sesaat aku anggukkan kepala. "haaaa haritu aku tak ajak kan. jom jom". akhirnya, kes 302 dan mahkamah setiu. hahahah. dapat jugak merantau dalam 45 minit yeahhh. sebab dpp pun naik kereta dengan tuan jugak, jadi boleh borak-borak jugak. banyak lah benda yang macam yeahh, berguna untuk sepicis aku haha.
seronok jugaklah. jadi budak praktikal, aku lebih belajar untuk jadi pemerhati. selalunya di majistret besut aku tak bukak pun penal code sebab mostly kes narkotik. tapi ini banyak jugak lah kes lain selain narkotik so daripada aku duk dengar sebutan tanpa buat apa-apa, lebih baik aku bukak penal code dan buat note untuk benda yang aku tak faham. learning process? haha.
makanya dalam kereta berduyun-duyunlah soalan menerpa untuk tuan. sebab tuan kan pegawai pendakwa, jadinya macam aku boleh tanya segalanya lah dari sekecil-kecil perkara walaupun aku tahu aku banyak tanya soalan bodoh je. tapi aku ingat lagi masa praktikal tahun lepas dekat court kb, diorang pesan tanya je apa-apa. masa praktikal ni lah orang layan walaupun kita rasa soalan tu entah apa-apa. haha. lepas ni kalau dah kerja, memang pandai-pandai la nak hidup. gittew. memang daku ingat sampai sekarang.
sampai ipd dah pukul 2 petang. masuk je office aku cakap kat tuan, tuan saya nak balik kejap. kira ganti waktu lunch la kan haha. lepas tu tuan cakap haa pi pi. aku sambung lagi, tapi lepas ni saya nak singgah library nak hantar buku lepas tu ermmm saya datang punch card je laa nanti haha. tuan dah gelak-gelak lepastu kakyus jerit suka hati kau lah labuuuuu. hahaha.
gigih la aku bawak laptop ke library nak siapkan thesis tapi ya ampun, faham faham je lah kalau dah petang macam gini. hujan pulak. lena tak lena thesis ke mana sekian.
dah nak habis sebulan dah. tinggal lagi sebulan. walaupun aku macam banyak termenung sebab ye lah apalah sangat kerja aku boleh buat kat ipd ni kang salah buat mampuih haha lepastu kerjanya banyak yang private and confidential.
makanya aku tolong-tolong yang mana boleh je dan habiskan masa dengan baca kertas siasatan dan bertanya. iya, sebab pegawai-pegawai kat sini jenis suka bercerita pengalaman. jadinya aku duk kutip lah pengalaman dan info depa untuk disematkan di hati cewah takdak aih. cumanya aku lebih belajar secara bercerita la gittewwww. kalau lekcerer aku tanya aku belajaq apa, aku belajaq banyak benda walau takdak black and white hahaha.
hari isnin, rabu dan khamis memang dari pagi aku habiskan masa dekat court depan ipd ni. makanya memang berjalan lah pagi-pagi bersenam sebab sarjan aku cakap elok untuk kesihatan hahahah T_T jauh tak jauh sepuluh minit jugaklah berjalannya. dulu mengah sekarang boleh pejam mata je cis.
rasa macam ada dua tempat praktikal sebab duk habiskan masa ulang alik ipd dengan court. adalah jugak kesempatan borak-borak dengan jurubahasa, dpp, lawyers semua tu. diorang jenis suka kongsi pengalaman so memang aku tadah telinga dan again, bertanyakan soalan yang mungkin diorang rasa macam soalan bodoh tapi haha kisah pulak aku asal aku faham.
seronok je praktikal. tapi aku lagi rindu nak belajar dekat uum! T_T haha. tiba-tiba seronok rasanya pergi kelas. \(^_^)/
No comments:
Post a Comment