Saturday, December 9, 2017

i had enough of sintok


pada kebiasaannya aku akan hidup dengan sangat bersosial. tapi akan ada je masa aku akan sangat rasa bencikan manusia termasuklah diri sendiri. maka ketika itu aku tak mahu jumpa orang, tak mahu keluar makan atau keluar bilik. hal ini akan terjadi bila aku kecewa sangat dengan diri sendiri, atapun manusia sekeliling ataupun sebab aku tak boleh nak handle keserabutan hidup yang sangat mengacau jiwa dan raga.

macam akhir minggu ni, aku serabut sangat dengan dunia. aku rasa tak nak hadap sesiapa even diri sendiri. dan aku berperang dengan diri sendiri untuk melawan keserabutan, untuk mencuba bertenang dengan memberitahu diri sendiri bahawa sesungguhnya aku boleh melalui semua ini.

lepas habis kelas tengah hari kelmarin, aku tak boleh nak handle dah diri aku. lagipun roommate aku balik. jadi aku memang terbuka kepada sebarang anasir yang boleh menjadikan aku gila sendirian di kamar. aku tak keluar dinner semalam. aku tak breakfast. aku tak lunch hari ini. aku tak dinner jugak. aku menghadap maggi dan biskut. aku menghadap laptop. aku tidur. aku sambung balik menghadap laptop. tak keluar bilik langsung. padahal kebiasaannya aku bukanlah orang yang melekat kat bilik sebab aku lagi suka bersosial haha menghirup udara segar.

aku serabut 80% sebab assignments! masyaAllah dia punya non stop task dari awal sem sampai dah nak akhir sem ni, inilah yang buat aku rasa paling tak boleh handle. tapi akhirnya siap jugaklah mostly aku punya kerja walaupun masih tinggal lagi beberapa. semua jenis berderet. ditambah dengan hidup aku yang caca marba. betapa aku rasa aku adalah sejenis failure. betapa aku rasa aku dah gila. sampaikan kins video call aku sambil beristighfar sebab aku tak pergi makan walaupun dah petang dan masih makan fries yang dia kirimkan melalui umi untuk aku dinner semalam. 😂 siap dihembus-hembus lagi aku sambil menyebut nama penuh sebab takut aku buat bukan-bukan. haha.

sampai jiran aku si umi tu menyinggah ke bilik, "kak ked dah gila ke? tak keluar makan. tak keluar bilik. duk menghadap laptop." akak nyaris gila umi 😭😭😭 nasib baik pqah qilah call jugak tadi. walaupun dia perlukan aku sebab dia nak tanya something tapi meleret-leret la sampai dekat dua jam borak. dia tak tahu pun aku tengah gila haha. she ended the conversation with, "take care!" tiba-tiba aku rasa macam ada mentol menyala di sekeliling kepala, rasa macam harapan datang walaupun macam tak ada kaitan pun kan. hahaha. rasa lega boleh borak dengan someone yang memang dari sekolah lagi duk hadap cerita aku. yang akan dengar aku punya gila dan tak kan cakap benda tu salah atau benda tu biasa orang lain pun rasa jugak lah.

i know beban, yes semua orang tanggung beban sendiri. kalau boleh aku pun nak pergi mampuskan beban aku. it just, ada masanya aku cuma rasa benci nak hadap dunia dan rasa menyerah! i just keep telling myself, this too shall pass. that is it. this too shall pass. goodnight sintok. i am sorry for feeling that i had enough of you.


Tuesday, December 5, 2017

fawwaz fahmi syafiq azim


lately ni aku asyik menyusahkan orang je pasal kereta. oh my baby boo, why? haritu, dah menyusahkan fawwaz dengan fahmi malam-malam. pasal air bateri kering waduhhh. padan muka tak check sangat!

ceritanya pagi nak ke kelas tu aku dah perasan masa nak start enjin tu, bunyinya macam nak tak nak je tak macam biasa. macam orang nak sakit tak nak sakit haha. tapi aku buat biasa je la. dah balik kelas apa semua macam tu jugak. malamnya tu balik dari pusat islam, dah siap parking apa semua, tiba-tiba aku rasa nak start balik saja-saja kan sebab tak puas hati kenapa bunyi macam tu. sekali haaaaaa, berkelip-kelip malap terus rest in peace. 😂😂

apa lagi, call papa. dah satu hal malam-malam nak kena bukak bonet suluh sana sini haaa, rupanya air bateri memang kemarau. dah menyusahkan cila dengan ika bawa dan teman aku pergi cari air bateri malam-malam kat stesen minyak. nasib baik ada kat changlun.

masalahnya lagi, jumper pulak. 😭 duk tengah serabut baru saja sampai kat parking kolej tiba-tiba kereta fawwaz lalu nak parking kat depan bilik jkps. hahaha terus jerit fawwaz sambil berlari di bawah bulan bintang sebab rasa macam anugerah tuhan. 😂😂😂 tapi fawwaz pun tak ada jumper. terus call fahmi. ika yang call tapi guna nama aku bhahaha. tak tahu kenapa teringat dia. nasib baik dia ada jumper kotak yang pakai caj tu bhahaha. jakun la jugak tengok dia buat tak sampai minit terus hidup. di sambil selingan ceramah jpj oleh fawwaz.

itu episod fawwaz dengan fahmi.

tadi, episod syafiq dengan azim pulak. aku nak pergi ambil anis dekat bus stop petang tadi. sikit lagi nak dekat simpang mas, rasa macam tayar belakang keluar angin. tak perasan sangat tapi maybe sebab tengah diam so macam aneh. rasa macam bocor je. terus belok masuk mas sebab nak berhenti tepi tu. nah, memang flat terus. nasib baik tak keluar uum lagi huwaaaa.

aku dengan kawan-kawan yang tak ada sebab mostly balik rumah, fawwaz yang tak angkat call (time ni lah dia nak silent phone pun) huhu memang aku tebalkan muka whatsapp syafiq sebab kolej dia kat depan tu je. aku ingat dia ada la kat bilik. sekali dia tak adaaaaaaa. aku cakap kat dia memang aku mereput tepi jalan sampai malam lah. sebab aku memang tak reti tukar tayar. jet pun takde. hahaha terus dia suruh aku tunggu sampai dia datang. rupanya dia dari pusat sukan. *nangis lagi terharu

walaupun aku tak tahu dia reti tukar ke tak sebab boleh pulak dia panggil junior kitorang dari kachi. masyaAllah kesiannya azim datang semata-mata nak tolong 😭😭😭 best junior award! walaupun aku tak kenal pun dia sebelum ni. tapi muka familiar. biasalah satu school. haha. tengah-tengah tukar tayar hujan lebat pulak. semua tak ada payung. memang mandi hujan laa. lencun. memang tak habis aku mintak maaf sebab serba salahnya rasa.

diorang pula tak habis-habis suruh aku duduk je dalam kereta sebab hujan. takkanlah aku nak biarkan korang macam gitu je. walaupun aku tak membantu langsung haha. memang takde function huhu. dah settle semua pun diorang cakap takde apa lah, walaupun masing-masing dah macam kena humban dalam kolam. azim takpe lagi naik kereta, syafiq dah la naik motor. siap suruh aku pergi dulu pulak.

haihhh. manner maketh man betul! walaupun aku rasa muka aku memang tebal berinci-inci sebab menyusahkan orang huhuhuhu.

itu episod syafiq dan azim.

dah settle semua dah balik kolej masing-masing dah nak senja, sempat heret fawwaz keluar balik pergi kedai tayar. ingatkan boleh la nak tampal. rupanya memang tak boleh diselamatkan. sebab dia koyak dari tepi, pakej dengan besi screw driver melekat dalam tayar datang dari mana entah yang menjadi punca! hahaha. tapi terserempak dengan Dr. Faizal kat kfc, termengadu, lepastu dr cakap semua ada hikmah. tak apa, semua ada hikmah.

terima kasih. semoga aku dapat tolong orang balik macam apa yang orang tolong aku hari ini. semoga orang yang tolong aku dipermudahkan segala urusan sepanjang masa! for their kindness and efforts! 💘