Saturday, December 9, 2017

i had enough of sintok


pada kebiasaannya aku akan hidup dengan sangat bersosial. tapi akan ada je masa aku akan sangat rasa bencikan manusia termasuklah diri sendiri. maka ketika itu aku tak mahu jumpa orang, tak mahu keluar makan atau keluar bilik. hal ini akan terjadi bila aku kecewa sangat dengan diri sendiri, atapun manusia sekeliling ataupun sebab aku tak boleh nak handle keserabutan hidup yang sangat mengacau jiwa dan raga.

macam akhir minggu ni, aku serabut sangat dengan dunia. aku rasa tak nak hadap sesiapa even diri sendiri. dan aku berperang dengan diri sendiri untuk melawan keserabutan, untuk mencuba bertenang dengan memberitahu diri sendiri bahawa sesungguhnya aku boleh melalui semua ini.

lepas habis kelas tengah hari kelmarin, aku tak boleh nak handle dah diri aku. lagipun roommate aku balik. jadi aku memang terbuka kepada sebarang anasir yang boleh menjadikan aku gila sendirian di kamar. aku tak keluar dinner semalam. aku tak breakfast. aku tak lunch hari ini. aku tak dinner jugak. aku menghadap maggi dan biskut. aku menghadap laptop. aku tidur. aku sambung balik menghadap laptop. tak keluar bilik langsung. padahal kebiasaannya aku bukanlah orang yang melekat kat bilik sebab aku lagi suka bersosial haha menghirup udara segar.

aku serabut 80% sebab assignments! masyaAllah dia punya non stop task dari awal sem sampai dah nak akhir sem ni, inilah yang buat aku rasa paling tak boleh handle. tapi akhirnya siap jugaklah mostly aku punya kerja walaupun masih tinggal lagi beberapa. semua jenis berderet. ditambah dengan hidup aku yang caca marba. betapa aku rasa aku adalah sejenis failure. betapa aku rasa aku dah gila. sampaikan kins video call aku sambil beristighfar sebab aku tak pergi makan walaupun dah petang dan masih makan fries yang dia kirimkan melalui umi untuk aku dinner semalam. 😂 siap dihembus-hembus lagi aku sambil menyebut nama penuh sebab takut aku buat bukan-bukan. haha.

sampai jiran aku si umi tu menyinggah ke bilik, "kak ked dah gila ke? tak keluar makan. tak keluar bilik. duk menghadap laptop." akak nyaris gila umi 😭😭😭 nasib baik pqah qilah call jugak tadi. walaupun dia perlukan aku sebab dia nak tanya something tapi meleret-leret la sampai dekat dua jam borak. dia tak tahu pun aku tengah gila haha. she ended the conversation with, "take care!" tiba-tiba aku rasa macam ada mentol menyala di sekeliling kepala, rasa macam harapan datang walaupun macam tak ada kaitan pun kan. hahaha. rasa lega boleh borak dengan someone yang memang dari sekolah lagi duk hadap cerita aku. yang akan dengar aku punya gila dan tak kan cakap benda tu salah atau benda tu biasa orang lain pun rasa jugak lah.

i know beban, yes semua orang tanggung beban sendiri. kalau boleh aku pun nak pergi mampuskan beban aku. it just, ada masanya aku cuma rasa benci nak hadap dunia dan rasa menyerah! i just keep telling myself, this too shall pass. that is it. this too shall pass. goodnight sintok. i am sorry for feeling that i had enough of you.


No comments: