Thursday, August 18, 2011

Cerianya Kesayangan Hati



Hari ini, agaknya hari yang menceriakan :D 

Okey, pertamanya... selesai jugak membahagikan pakcik-pakcik Danbo. Setelah dihitung, rupanya dah 50 lebih keping aku buat pakcik-pakcik itu sekalian huahuahua. Oh, baru perasan XD









Keduanya... aku rasa aneh la. Sebab? Nick dan Ime sangat CERIA hari ini. Haha, aku tak tahu apa kena dengan mereka tapi aku cakap kat Cena... mungkin sebab diorang pakai baju batik asrama kot hari ini, sama ada mereka eksaited nak balik rumah atau terlebih makan ubat waktu sahur. =_= Yang paling syok, waktu Teacher kasi kertas soalan dan suruh jawab soalan sets. Agak senang jugak, dan bila Teacher kongsi jawapan kat depan... selamba je Nick dan Ime bantah sebab tak sama dengan jawapan diorang. Boleh pulak diorang tunjuk ajar Teacher satu persatu step yang diorang buat. Teacher layan je diorang walaupun hakikatnya diorang tetap salah! XD Mana tak gelak, riuh sangat dalam kelas mathmode tadi. Alahai, :)

Menggelebah jugak Nick tadi bila jawab soalan KOMSAS. Hanyut ke mana entah, haha. Bila cikgu suruh kasi jawapan, dia baru nak cari muka surat bla bla bla. Dia kena jawab soalan yang lebih kurang berbunyi... pada pendapat anda, apakah ciri-ciri isteri idaman selain daripada faktor paras rupa. Wah, asyik gelak aje bila dengar jawapan ketua kelas kami yang comel tu! Macam-macam yang dia kasi... =_="

Ketiganya, aku suka waktu Khemiyy hari ini jugak. Buat eksperimen yeah yeahhh, aku tak ingat tajuk apa entah tapi buat penghabluran yang pasti :) Kenapa best? Sebab, makmal macam takde orang je petang tadi. Ada yang pergi perjumpaan KKQ, ada budak asrama yang duduk jauh dah balik (diorang balik pukul 3, waktu biasa 3.30). Buat eksperimen pun macam syok wuuu wuuuu.

Oh, persoalan penting :
- Aku sangat hairan kenapa Baby aku tak datang sekolah hari ini. Selalu lepas baca doa, muncul laa dia dari belakang pintu kelas (biasa, spesies budak datang 'awal' :P) Tapi, hari ini dia tak muncul-muncul. Baby, I miss  you! Baby Epa yang tersayang, yang pasti aku boleh hidup tanpa mu. Cuma, agak menderita laa seluruh jiwa raga aku ni bilamana aku... aku... aku... tak dapat nak menatap lesung pipitmu itu! :D euwwww.

Setinggi-tinggi penghargaan buat kawan baik susah senang haha;
S

- lukis pakcik danbo sulung kecik
- lukis pakcik danbo tengah besar
- kasi pinjam kaler
- meng'kartun'kan aku XD

toche toche, jasa anda amat dihargai








Wednesday, August 17, 2011

HASRAT: Ustaz Akhwan Afandi


Bismillah, :)





Kelmarin, ada program motivasi HASRAT (Himpunan Anak Soleh Remaja Taqwa) yang dikendalikan oleh ADNIN Management & Training Centre. Wah, jauh mereka datang... dari Kuala Lumpur! Okey, program untuk budak tingkatan 2 dan 4 itu bermula dari pukul 10 pagi hingga ke 2.30 petang. Huhu, seharian kami tak belajar... tapi, kami dapat ilmu yang sangat best daripada Ustaz Akhwan Afandi.

Begini, bila Ustaz masuk je ke dalam Dewan Makan Aspuri... terus bebudak ni tepuk tangan kuat-kuat. Aku tanya laa kenapa? Kawan aku cakap, muka ustaz macam Mawi! Haha, memang betul pun.. ada iras-iras. Cuma, ustaz kurus sikit. Okey, ustaz kasi ceramah punya laa syok. Bebudak ni asyik gelak je. Ustaz suka je nyanyi. Suara ustaz sedap. Ustaz pun ada album tau sebab ustaz tu penasyid motivator statusnya. Ustaz ni kira tahap motivator popular laa sebab ustaz pernah duet nyanyi dengan Mawi, Nazrey, Renggo, Ramli Sarip dan sebagainya.

Pertama, ustaz ajar kami... jangan jadi orang penakut! Kedua, belajar untuk fokus. Fokus kat diri sendiri je, tak payah fokus kat orang lain. Ketiga, kita ini milik ALLAH, dan segala yang ada ni milik Dia. Keempat, jadi orang yang matang. :) Kesian bebudak laki, ustaz suka 'main-main' dengan diorang. Haha, sangat sempoi. Konklusinya, memang penuh dengan gelak tawa laa.

Tapi, bila kami berhenti rehat kejap dalam pukul 12 gitu... lepas tu, ustaz masuk mood ceramah serius. Tentang Islam dan perjuangan dakwah kita. Ustaz kasi tengok video, tentang betapa gahnya tamadun Islam zaman dahulu. Video tu tunjuk perjuangan kawan-kawan kita di Palestin yang menentang Israel, dan bila di Malaysia... remajanya musnah dengan hiburan luar biasa, dadah, pergaulan yang terlalu bebas. Tersentak jugak laa hati aku ni. Masa tu dah fikir.. aku ni langsung tak pernah buat apa-apa untuk Islam, kan? :'(

Bila ustaz tunjuk lagi video kembara ADNIN dan AMAL Malaysia ke kawasan pedalaman Sabah... you all tak akan nampak walau satu pun masjid. Tanda salib merata-rata kat tepi jalan. Banyak sangat gereja. Ustaz cakap, ada satu surau tu.. daif laa. Bila ustaz bukak je pintu tu, terkejut sebab memang selayaknya dibuat kandang kambing atau surau tu memang dah jadi kandang kambing. Sorry, tak ingat info. T_____T Memang dalam satu kampung tu, korang akan jumpa dalam tiga-empat buah rumah aje yang Islam.

Ada tu, ustaz dan krew sampai kat satu kampung. Waktu tu, ustaz tanya seorang lelaki berumur yang berpakaian seluar pendek dan bertatu.. ada tak orang Islam kat kampung ni? Pakcik tu cakap, dulu ramai. Sekarang tinggal 3-4 buah rumah aje. Ustaz tanya lagi pakcik tu yang dia Islam ke tak. Nak tahu pakcik tu jawab apa? Pakcik tu cakap dia sendiri tak tahu yang dia tu masih Islam atau tidak
.






Kawasan pedalaman tu sangat pedalaman. Takde air, elektrik. Penceramah pun tak sampai ke sana. Ustaz cakap, bila dia kasi telekung-telekung untuk makcik-makcik kat sana... ada makcik tu tanya.. macam mana nak pakai telekung ni? Masa tu aku rasa sangat-sangat speechless. Aku tak tahu pun pasal mende ni semua. Ustaz cakap jangan salahkan Yahudi sebab Yahudi memang tak akan biarkan Islam menang tapi salahkan diri sendiri. Kita kena bangkit, kita kena sedar. Mungkin kita ingat kat negara lain je benda ni terjadi tapi rupanya yang kat negara kita ada yang terlepas pandang. Ustaz cakap ramai Islam yang dah murtad sebab, sebab takde orang pun nak ajar mereka kat sana. Siapa laa kan yang nak pergi kat kawasan macam tu? Takde kemudahan asas, sebab tu mereka tak boleh buat apa-apa. Kesian mereka.

Lepas kena 'belasah' dengan ustaz, ustaz masuk mood ceria balik. Ustaz kasi satu kertas A4 kat semua orang lepas tu ustaz suruh pegang je dulu. Ustaz pusing-pusing dewan, sambil cakap.. tak tulis nama ke? Tak tulis kelas ke? Tak tulis umur ke? Bebudak ni pun macam dah gelabah haha terus tulis mende tu semua. Lama tu, Ustaz suruh siapa yang tak buat apa-apa kat kertas tu.. sila bangun! Dua orang je bangun, Jihah dan Wani. Ustaz tanya kenapa tak tulis, diorang jawab ustaz tak suruh pun. Haha, memang kena puji laa diorang sebab memang ustaz tak suruh tulis pun. Ustaz tanya aje, kitorang yang menggelabah lebih. Ceh. FOKUS, itu ustaz suruh. Then, Ustaz suruh angkat kertas yang dah berlipat. Okey, aku duduk di barisan kedua tepat-tepat depan ustaz. Dan, kertas aku dah pun terlipat empat. Haha, sekali kena sound dengan ustaz. Aduh, semua gelak haha. Aku buat dunno lalalala je laa kan. Hihi.

Ustaz pandai main suara, mimik muka dan bahasa badan. Dan, ustaz selalu nyanyi. Suara ustaz sedap. Aku sangat sangat sangat suka bila ustaz nyanyi lagu Hasrat. Omaigod, rasa terngiang-ngiang je dalam kepala. Lagu tu best! Ada satu ketika tu, ustaz nyanyi lagu kenangan terindah! Bila ustaz berhenti tetibe sayup je dengar suara banat ternyanyi sama. Haha, semua pakat gelak. XD

Okey, nak kongsi ciri-ciri ANAK SOLEH:

AKIDAH.


  • Berserah diri kepada Allah setelah berusaha.
  • Sentiasa mematuhi perintah Allah.
  • Tidak mudah berputus asa
  • Tidak bersedih hati
  • Tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik
IBADAH.
  • Melakukan sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah
  • Menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadan
  • Sentiasa berzikir dan berselawat
  • Memberi sedekah
AKHLAK.
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Mengambil berat tentang orang lain
  • Sentiasa bersabar
  • Bercakap jujur
  • Gigih berusaha
  • Berdisiplin
Nak berjaya ke tak nak? Kalau kita tanya, semua orang mesti jawab nak kan? Siapa la yang tak nak berjaya dalam hidup ni? Sekarang, kita check TIPS KEJAYAAN pula.
  • Sentiasa menunaikan SOLAT
  • Menjaga rohani dan jasmani
  • Menghindari sikap lemah dan malas
  • Bertawakkal selepas berusaha
  • Sentiasa belajar dari kesilapan
  • Rajin bertanya
  • Mengurangkan hiburan di dalam kehidupan
  • Menetapkan matlamat hidup
  • Mematuhi perintah ALLAH
  • Sentiasa bermotivasi dan mempunyai jati diri
  • Mengamalkan budaya suka membaca
  • Membuat perancangan untuk setiap perkara yang ingin dilakukan
  • Menjaga pemakanan
  • Memilih kawan yang baik
  • Mempunyai disiplin dan azam yang kuat
  • Mempunyai strategi
  • Berani menempuh cabaran
  • Sanggup berkorban
  • Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh
Nah, nak kasi lagi AMALAN PELAJAR CEMERLANG.
  • Ingat Allah dan rasul
  • Kenang ayah dan ibu
  • Hamba yang taat
  • Kebergantungan kepada Allah
  • Hindari kemungkaran
  • Pemakanan yang sihat rohani dan jasmani
  • Membersihkan hati
  • Menepati teknik belajar
  • Hindari gangguan
  • Tautan hati (Allah)
  • Matlamat
Sebenarnya laa kan, aku rasa ni laa ceramah motivasi yang paling seronok. Terima kasih Ustaz Akhwan :)

Dan, lepas habis program.. pergi ke surau untuk zuhur. Aku pergi ke situ pun dalam pukul 3 dah, aduh lewat lewat. Ada laa kakak-kakak krew ADNIN duduk kat surau tu. Lepas solat, pergi bertegur sapa kejap. Sambil main-main dengan baby ustaz. Kecik lagi, comel sangat! Cakap-cakap sikit, bila dah nak pergi.. salam dengan kakak lepas tu kakak pesan, belajar rajin-rajin! :D

Kempunan nak dengar lagu Hasrat huhu. Dah siap pesan kat Ba... sila balik dan dengar lagu Hasrat daripada CD tu dan hafal lepas tu nyanyi untuk Sya, okey? Haha. Lagu tu best. :*

Oh, terima kasih cg Azman dan Azimah (kaunselor) sebab sudi buat program ni untuk kami! InsyaAllah, kami dapat manfaatnya.




PS: Dari kelmarin lagi kawan-kawan dan adik juniors cerita pasal program ni kat blog dan fb. Alahai, eksaited kan..? :)