Thursday, August 18, 2011

Cerianya Kesayangan Hati



Hari ini, agaknya hari yang menceriakan :D 

Okey, pertamanya... selesai jugak membahagikan pakcik-pakcik Danbo. Setelah dihitung, rupanya dah 50 lebih keping aku buat pakcik-pakcik itu sekalian huahuahua. Oh, baru perasan XD









Keduanya... aku rasa aneh la. Sebab? Nick dan Ime sangat CERIA hari ini. Haha, aku tak tahu apa kena dengan mereka tapi aku cakap kat Cena... mungkin sebab diorang pakai baju batik asrama kot hari ini, sama ada mereka eksaited nak balik rumah atau terlebih makan ubat waktu sahur. =_= Yang paling syok, waktu Teacher kasi kertas soalan dan suruh jawab soalan sets. Agak senang jugak, dan bila Teacher kongsi jawapan kat depan... selamba je Nick dan Ime bantah sebab tak sama dengan jawapan diorang. Boleh pulak diorang tunjuk ajar Teacher satu persatu step yang diorang buat. Teacher layan je diorang walaupun hakikatnya diorang tetap salah! XD Mana tak gelak, riuh sangat dalam kelas mathmode tadi. Alahai, :)

Menggelebah jugak Nick tadi bila jawab soalan KOMSAS. Hanyut ke mana entah, haha. Bila cikgu suruh kasi jawapan, dia baru nak cari muka surat bla bla bla. Dia kena jawab soalan yang lebih kurang berbunyi... pada pendapat anda, apakah ciri-ciri isteri idaman selain daripada faktor paras rupa. Wah, asyik gelak aje bila dengar jawapan ketua kelas kami yang comel tu! Macam-macam yang dia kasi... =_="

Ketiganya, aku suka waktu Khemiyy hari ini jugak. Buat eksperimen yeah yeahhh, aku tak ingat tajuk apa entah tapi buat penghabluran yang pasti :) Kenapa best? Sebab, makmal macam takde orang je petang tadi. Ada yang pergi perjumpaan KKQ, ada budak asrama yang duduk jauh dah balik (diorang balik pukul 3, waktu biasa 3.30). Buat eksperimen pun macam syok wuuu wuuuu.

Oh, persoalan penting :
- Aku sangat hairan kenapa Baby aku tak datang sekolah hari ini. Selalu lepas baca doa, muncul laa dia dari belakang pintu kelas (biasa, spesies budak datang 'awal' :P) Tapi, hari ini dia tak muncul-muncul. Baby, I miss  you! Baby Epa yang tersayang, yang pasti aku boleh hidup tanpa mu. Cuma, agak menderita laa seluruh jiwa raga aku ni bilamana aku... aku... aku... tak dapat nak menatap lesung pipitmu itu! :D euwwww.

Setinggi-tinggi penghargaan buat kawan baik susah senang haha;
S

- lukis pakcik danbo sulung kecik
- lukis pakcik danbo tengah besar
- kasi pinjam kaler
- meng'kartun'kan aku XD

toche toche, jasa anda amat dihargai








7 comments:

Muhammad Syafiq Azman said...

huish...psal lukis pak cik danbo tuh..aku balas sama-sama..

Tapi x sangka kau nih minat sangat kat danbo tuh...Dah pelbagai saiz ko buat...waduh...pe pown thanks gak sebab gua terpilih salah sorang yg dapat pak cik danbo ko tuh...

Andainya danbo tuh wujud..Xtahulah kisah hidup mu bagai mane ????

Azhunk Awang said...

Wah ! pakcik danbo haha, nak satu ! , memang kreatif your drawings.

Sya Izz said...

@ sapik: haha, maybe ak kawen dgn ABANG DANBO kot :P

@ azhan: sapik kea tu~ my inspirasi haha

Neblasha said...
This comment has been removed by the author.
Neblasha said...
This comment has been removed by the author.
Neblasha said...

oiiitttt!! nok etep heheh...

Sya Izz said...

hahaha, print je laa hok ak lukis doh ni eh? haha :)