Dari kelmarin berkira-kira nak d/a fb. Cakap dekat dia; haha then dia suruh aku kasi 10 sebab. Katanya lagi, kalau aku d/a... dia akan d/a sama. Aku pun macam, okey! And, kalau dia d/a dulu.. aku akan ikut d/a. Petang ini; tengok-tengok dia dah d/a. Hai adik junior, kak pun d/a sama lah :)
Khamis lepas, ustazah kasi checklist ramadhan. Huhu, untuk kanak-kanak 4Rock... esok aku bagi ye :D Rasanya, checklist ramadhan itu betul-betul berguna. Hmmm, bukan nak hitung pahala tapi nak jadikan peringatan. Yeahhh yeahhh. Ramadhan kan bulan berkat :)
Actually, Ramadhan kat asrama lagi best. Aiyaa, asrama lagi... dah kena penyakit hostelsick ke apa? Okey, suasananya best. Sebab? Lepas Asar dan Maghrib; mula lah berlumba-lumba habiskan bacaan Quran. Semangat tu macam lain. Macam berkobar-kobar je. Seronok sangat!
Yang best jugak... kelas 4R tahun ini; keseluruhan budak lelakinya adalah bukan dari lelaki 3R. Haha, boys 3R dulu macam kepala senget aci redah je huihuihui XD Tapi, boys sekarang... kesengetan kepala tu masih terserlah cuma agak bagus laa. Time cikgu takde, diorang bukak Quran... dan baca. Setiap saat yang kosong itu; diorang isi dengan bacaan Quran. Kami yang girls ni, agak tersentap laa. Haha, mana aci wei! Tak boleh jadi ni... :D
Untuk diri sendiri;
Ramadhan ini bukan untuk buat kita bertambah lemah. Tapi, nak jadikan kita semakin kuat. Sekarang ni, sehari kalau tak tido dalam kelas... memang tak sah! Arghh, tak boleh jadi ni. Lembik betul. Huhu. Satu lagi; sekarang ni jangan harap nak buat homework petang-petang. Paling awal buat pun, lepas terawih. Itupun kalau rajin haha.
Makanya, jom jom ubah persepsi Ramadhan.
Makanya, jom jom ubah persepsi Ramadhan.
- Kena kuat. Tak mati pun kalau buat homework waktu tengah lapar. Letih; biar berpada-pada huhu.
- Kena cergas. Jangan tido dalam kelas lagi. Ramadhan; inspirasi kekuatan! Chaiyyok!
- Kena rajin. Ramadhan bukan alasan homework tak siap. Erk, macam tak kena laa langsung sebab puasa tak boleh nak buat kerja sekolah haha.
No comments:
Post a Comment