Friday, August 26, 2011

Mimi, Madieyy, Pqah




Alhamdulillah.

Hari ini kan, rasa bahagia sangat =)

Dari pukul 11 pagi sampai laa pukul 6 petang, aku habiskan masa melepak dengan perempuan-perempuan kesayangan hati. Okey... Ada Kak Mimi, Madieyy dan Pqah. Wuuu, siapkan projek mega konon-konon haha.

(Tengok cerita Skrip 7707 huuu hantuuu)

Bila dah petang, dah selesai buat projek drama... terus jalan-jalan ke rumah Aifaa. Ingat nak tunjukkan aje kat Madieyy rumah Aifaa. Tup tup, bila kami tiba je terus Aiman si adik Aifaa keluar. Tanya dia, oh rupanya Aifaa ada. Haha.

Kitorang suruh dia panggil, tapi si cantik yang dalam mirhad tak percaya. Haha, dia ingat adik dia tipu. Huhu, terus aku dan Pqah masuk lepas tu pergi ketuk-ketuk pintu cakap kat dia suruh keluar cepat kalau tak kitorang balik, haha terus menjerit budak tu. Heret dia ke pintu depan, kata nak kasi kejutan. Bila dia dah kat depan pintu, Madieyy masuk. Wah, menjerit tahap habisan laa budak tu. Teruja, terkesima hihi. Lepak dengan dia, kongsi-kongsi cerita.


Dalam perjalanan pulang, cewah ikut jalan jauh sikit. Alaa, pusing-pusing kampung katakan huhu. Kak Mimi dan Farah naik basikal. Aku, Madieyy dan Pqah naik motor. Haha, iye tiga orang sekali naik. Uhuuu, bulan puasa ni kitorang kurus yeay yeayyy. Merempit laa konon-konon haha. Seronok! Habiskan masa dengan diorang, rasa macam nak senyum lebar-lebar.

Kak Mimi teruja nak kayuh basikal, sebab katanya dah lama tak main. Hahaha. Comel. =)







PS: Waktu bersedia hendak gerak pulang setelah melepak di rumah Aifaa, tetibe bebudak kampung motor lalu. Huuuuu. 1 2 3! Diorang bilang, aduh malu malu. Haha, boleh gelak je laa lepas tu. Cis. =D


3 comments:

syieqa said...

sweet jerk.. ahaa!!

Sya Izz said...

yeah2. nnti rye pulak ~

pQah_qiLah said...

yeah right.................