Saturday, August 20, 2011

Sayang Cik Syieqa



Sayang Cik Syieqa. Muaaaaahhh :)

Haha, program hari ini adalah pergi jalan-jalan raya bersama Cik Syieqa. Okey, dari pukul 9 lebih sampai laa 1 lebih. Agak-agak, hampir satu Jerteh kami berdua tawaf. Motif utama, cari tudung raya je ekekeke. Tapi, punya laa susah nak cari tudung bidang ni. Huuuu. Kalau ada pun, takde pilihan sangat.. tiada kaler yang sepadan huhu. Mulanya, Cik Su dan Afiq dan Alif campakkan kami kat Butik Izzah. Bila masuk je, jumpa rakan sekelas tersayang Cik Hajar
 sedang memilih baju raya. XD


Lepas tu kami pusing itu pasar jerteh bla bla bla. Penat, susahnya nak cari. T_________T Ke kedai buku! Yeayyy, agak lama bergaduh dengan Cik Syieqa sebab aku dah tak tau nak beli buku apa. Mabuk buku haha sebagaimana mama aku mabuk kain bila melihat kain yang banyak. :D Setelah angkat letak angkat letak huhu akhirnya aku ambil buku Baju Melayu Hijau Serindit. Haha, kesian Cik Syieqa... nak sangat buku tu! Faktor utamanya juga, cover buku itu adalah sangat sangat sangat sangat sangat laa comel dan menenangkan!



Pada aku buku ini simple aje, tenang~ Tak terlalu menekan emosi huhu, memang santai laa.
 :)

Jalan punya jalan ke kedai itu ke kedai ini, mencuci mata dan beli apa-apa yang patut dibeli... lepas tu balik. Jalan-jalan raya memang penat. ^_^

Di dalam kereta, tetibe Cik Syieqa cakap.....


"Kenapa aku rase tak eksaited nak raye tahun ni?"

aku cakap...

"Hmmmm, maybe kite dah besar kot."

Itu laa, aku pun rasa macam sunyi je tahun ini. T____T Satu keanehan bagi aku, bilamana setakat ini aku tak sentuh lagi bunga api, mercun atau yang sewaktu dengannya. Agaknya, aku rasa aku dah faham kenapa orang besar tak suka main bunga api kot. Waaa, rindu rindu rindu. Rindu nak balik Pasir Puteh nak main bunga api dengan sepupu sepapat macam waktu dahulu kala. Iye laa, kitorang dah besar ecece so masing-masing macam... arghh.... duduk asrama laa, duduk universiti laa. Haihhh. =_="


Okey okey okey, sekian sahaja laporan untuk hari ini. Jumpa lagi!



PS: Nak guna pen. Cari kotak pensel di atas meja belajar. Eh, takde? Oh, terlihat beg sekolah masih terzip rapi. Ooo, aku tak bukak buku lagi rupanya.. waaa waaaa waaaa, homework homework!

No comments: