Sunday, August 28, 2011

Surat Cinta Untuk Awak


Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful 



Tulisan saya kali ini hanya lah untuk awak, kerna mungkin awak sahaja yang akan memahami coretan ini dan saya tahu awak akan membacanya. Pssst, baca dengan senyuman tau. :)

Dear sayang,

Entah macam mana tergerak hati nak bukak dan baca. Andai kata awak baca tulisan ini, makanya benda pertama yang saya ingin ucapkan ialah saya sangat menyayangi awak wahai perempuan cantik.
Saya tahu awak sedang memberi masa kepada saya, hmm sejujurnya kepada kita. Tahun ini kan, banyak sangat krisis yang berlaku. Wah, saya tak dapat nafikan bahawa mungkin inilah pancaroba dan liku-liku persahabatan kita. Eheeeee. Selalu je kan, selalu je kita ada krisis yang senyap. Haha. Awak jangan nak nafikan, tolong laa ye. ^^


Perihal soal bergembira itu, saya tahu awak pasti yang saya tak akan lupakan awak. Cuma, tika masa saya pada pandangan awak tampak sangat bergembira... bukannya saya tidak memerlukan kehadiran awak. Cuma, hal-hal itu tidak terlalu berkaitan dengan awak dan saya tidak mahu mengganggu awak. Contoh laa kan, tak kan saya mahu mengajak awak ke rumah si dia sedangkan saya tahu awak tak akan mungkin ikut sekiranya di ajak. Saya sangat mengenali awak dan sangat boleh meneka perihal itu, lalu saya teruskan membuat hal-hal dalam hidup seperti kelihatan saya hanya gembira di samping teman-teman lain. Uhuuuu.

Tak pernah terlintas di hati saya untuk mengesampingkan awak. Memang saya akui kita agak jauh huhu tapi kita masing-masing diam dan cuba berlagak seperti biasa kan. Sebab, kita tahu masa boleh menyembuhkan segalanya. Iye, saya sedang menunggu masa itu. Masa seperti tahun-tahun dahulu. Saya lupa, saya masih ada hati yang perlu dijaga. Hati awak. Khilaf saya, maafkan saya. Tapi, tahukah awak... saya juga berasa bahawa saya tidak diperlukan tika awak bersama teman-teman yang lain. Saya melihat senyuman dan gelak tawa awak, dan saya syukur kerana awak bahagia. Lalu saya membiarkan awak bersama mereka, kerana saya tahu mereka dapat memeriahkan bibir awak dengan berkuntum-kuntum senyuman. Melihat orang yang saya sayang sangat bahagia, maka bahagia jugalah yang meresapi diri saya. :)

Awak, saya sangat sayangkan awak. Saya tahu awak pun sangat sayangkan saya. Semua kawan yang saya ada semuanya istimewa dan masing-masing mempunyai tempat tersendiri di hati saya. Sebagaimana awak, yang tidak pernah saya hilangkan dari jendela hati.

Awak, saya akan tunggu masa itu. Janji, kita sama-sama tunggu tau? Dan, awak. Awak perempuan berhati besi... saya tahu kita boleh hadapi ini. Cubaan hidup ini sangat memeritkan tapi, saya tahu semuanya akan kembali baik nanti. Bertambah-tambah baik.

ALL IS WELL.

Awak, salah satu daripada perempuan cantik yang sangat memahami saya. Cuma satu, jangan tinggalkan saya selagi saya masih boleh bernafas di hati awak.
SAYA SAYANG AWAK :D




ps. lagu Istikharah Cinta ini sedap kan? Nah, saya hadiahkan lagu ini untuk awak. Sebagaimana awak hadiahkan Who Says untuk saya. Kawan selamanya, biar sampai syurga. Kalau saya jatuh, awak tarik saya. Kalau awak jatuh, saya tarik awak. Nanti kita berpimpinan ke jannatul 'adn ye... =)

ps ii. saya tak tahu kenapa bahasa saya agak berbunga-bunga tapi percaya lah, apa yang saya nukilkan khas untuk awak ini, ikhlas. Kerana aku menyayangi engkau dan berharap engkau mengetahui hakikat ini.

I Love You Too
, Sayang
.



yours officially,
SI

No comments: