Thursday, August 4, 2011

Ayish Kesayangan


Amir, Dinie, Dina, Ayish, Amiy

Entry kali ini adalah khusus untuk men'jealous'kan orang di sana. Hai, orang di sana :)

Kelmarin, balik Pasir Puteh. Okey, jom berbuka puasa beramai-ramai. Hai orang di sana, tahu tak... betapa sunyinya rumah Ayoh? Ayah Sue, Che Ma, Ayah Chik, Mama Long, Kak Iza je ada tau. Itu pun tak cukup bilangan manusia.

Ijak, Yoe, Yaa, Hanis, Kakak, dan termasuk kamu wahai orang di sana tiada memunculkan diri. Tahu tak, gua dengan Qila je yang main sapu-sapu, hampar surat khabar, angkut pinggan mangkuk, basuh pinggan mangkuk? Huhuhu. Riuh, riuh sangat tapi dengan budak-budak yang tak cukup umur tu laa. Yang sebaya dengan kita ini, semua takde. Semua jauh-jauh, semua duduk asrama. Itu lah, siapa suruh jadi budak besar? Kan sorang dah ke sana, sorang dah ke situ?

Okey, lupakan part kesunyian yang melanda. Yang riuhnya, bila nak berbuka puasa. Semua dah menghadap makanan masing-masing. Tunggu azan je. Pakcik-pakcik di sana. Makcik-makcik di situ. Remaja-remaja satu group. Budak-budak satu group. :D Kecoh sangat. Hai orang di sana, mesti kamu dapat bayangkan suasananya kan? Best...!

Sempat berebut air Nyo dengan Amir. Mana taknya, enak-enak saja dia amik gelas gua. Bila dia dah berpaling ke belakang, gua amik balik gelas gua. Then, dia amik balik. Gua amik balik lagi sekali. Main rebut-rebut huhu dan disebabkan gua ni selaku sepupu contoh yang baik laa kan, gua bagi laa air gua kat dia. Tapi, gua dah siap ugut dia.. gua tak nak cakap dengan dia! XD

Makan ramai-ramai. Gaduh-gaduh, berebut lauk. Haihh, habis semua benda nak direbutkan. Lepas itu, amik part main basuh-basuh pinggan dengan Qila dan Kak Iza. Sempat lagi Kak Iza cerita-cerita pengalaman nakal dia kat sekolah dulu. Tapi kan, macam aneh... sebab, selalunya main-main air kat singki ni kerja kamu wahai orang di sana :D

Pergi kat luar, duduk-duduk melepak dengan bapak-bapak dan ibu-ibu saudara. Haha, budak-budak kecik yang lain tengah main kejar-kejar, gaduh-gaduh. Tak, gua tak boleh main macam itu dah. Gua dah besar. Kalau ada manusia-manusia sebaya, boleh jugak gua ajak bergosip ramai-ramai. Ini tak, dekat Qila je tempat gua berbicara. T______T

Salam dengan kaum kerabat, ahaa nak balik dah... then pergi rumah Ayah Chik dengan Ayah Sue  (Ayah Sue dan famili mahu terbang dinihari nanti). Hai orang di sana, jangan jealous tau... Sebab, Dinie.. Ayish dan Amiy naik kereta dengan gua dan Sarah. Adib, Adam, Dina, Amir pergi dengan Ayah Sue. Dalam perjalanan, Ayish gua pangku... Dinie di tengah-tengah manakala Amiy Sarah yang pegang. Macam-macam cakap dengan budak-budak itu. Hai, jumpa pun setahun sekali. Melunas rindu laa :)

Hai orang di sana, Ayish borak macam-macam dengan gua. Dia siap main tangan gua dan gosok-gosok dengan tangan lembutnya. Aduhai, sayang Ayish. Bila dah nak balik (dah malam sangat)... pergi dekat Ayish. Waktu Ayis baru je habis mandi. Cakap kat Ayish, nak balik dah. Terus berubah muka dia, macam nak nangis.

Dia pegang tangan gua lepas tu cakap, "kata nak tidur dekat sini".

Gua jawab, "tak lah.. esok Kak Iqa kena pergi sekolah".

Ayish pun dah nak nangis. Lepas tu, dia salam dan gua kiss dia banyak-banyak.

Gua kiss Dinie, Ayish, Amiy. Sayang diorang! Waktu dah nak naik kereta, Ayish kasi byebye dekat muka pintu rumah. Sempat naik atas lagi, dan kiss dia banyak-banyak. Peluk. Mata Ayish merah, haha. Ayish nak nangis T______T 



My Ayish



Okey, selamat terbang orang Riyadh sekeluarga. Jumpa lagi tahun depan :)




4 comments:

your sis said...

huhu..sedih nya gua baca..best nyo..best nyo..biarlah ore blh jupo thn depan plok ayh su..

p/s..sekali sekala mu basuh apa salah nya..bagi lah yg senior ni rehat plak..:p

Sya Izz said...

haha, korok ehh..

ps: molek siket.. ore meme basuh sokmo duk umah :)

ps ii: ai tu kea, ore kena cubit ngan ma sbb sebut korok. isk3 T_________T

your sis said...

hahahahaahahahaaha...tu lah sapo suruh sebut ngat..:p

Sya Izz said...

bru rocks, haha!