Monday, August 29, 2011

Thanks For The Memories

Ramadan, dah betul-betul nak berlalu pergi. T___T Akan rindu saat bertadarus sama-sama di dalam kelas untuk satu masa pertama. Akan rindu saat sekelas jadi lembik, mengantuk bila tiba waktu tengah hari di permulaan Ramadan. Akan rindu saat sepi dan lengang di pekarangan sekolah walaupun tika itu baru pukul 4 petang. Akan rindu segala yang berkaitan dengan Ramadan kali ini.

Rasa menyesal. Sebab, aku rasa sangat tidak memanfaatkan Ramadan kali ini secara total. Allah, tolong pertemukan aku lagi dengan Ramadan hadapan. Oh, pecah rekod Ramadan kali ini. Walau satu, tidak sesekali pun aku menyentuh bunga api, bunga api bintang, bunga api warna-warni, mercun bawang, mercun bola, mercun das atau segala jenis yang berkaitan dengannya. Tetibe rasa dah dewasa, haha. Rinduuuunya nak main mende-mende tu dengan riang. :(

Yeayyy, dapat 'Thanks For The Memories'. Terima kasih wahai orang di sana yang sudah pulang. Uhuuuu. Quartet dah selesai baca, tetibe rasa suka sangat dengan nama Misa... Rumaisa'. Cantik kan? Hihi. Dah laa folio bio tak siap lagi. Satu pun aku tak buat lagi. Waaaaaaa. Jangan salahkan aku, tapi salahkan diri aku yang  pemalas. Huhuhu. Cikgu nak lepas raya. Hmmm. Banyak sebenarnya kerja sekolah ekeke padan muka tak buat awal-awal tapi... insyaAllah, aku buat sikit-sikit. Kalau tak, bersengkang mata laa jawabnya nanti hari Jumaat dan Sabtu. Arghhh. Raya tetap raya. ^^ Hailaaa. Kenapa laa cuti raya pendek sangat. T_T

Esok raya? Happy Eid Fitri. Kullu 'am wa antum bikhair. :) may Allah bless. Kawan-kawan yang nak datang beraya ke rumah aku, silakan silakan. Raya tetap raya! Haha. :D




No comments: