Friday, August 5, 2011

Melangkah ke Bilik No 13



Nah, semalam baru buat misi ramadhan bersama cik syieqa. Huhu, moga-moga ianya akan berkesan dan berjalan lancar. Hahaks. Misi yang satu itu sangat penting. :D syieqa, harap-harap kita berjaya! Aminn.




Okey, aku rindu tempat ini! Sangat-sangat :)

Sekarang aku nak mengimbas kenangan, haha dah masuk mood jiwang :D

Pertamanya; aku tak pernah mimpi pun aku akan jadi pelajar hostel (walaupun sekejap). Sejak aku melangkahkan kaki ke sekolah ini, memang aku say no lah kepada sesiapa yang ajak aku tinggal hostel. Alasan aku; hostel buruk. Haha, serius konon-konon siapa laa yang nak tinggal kat situ kan?
=_=

Lepas tu, bila aku di tingkatan 3... asrama baru dalam proses untuk dibuka. Dalam pada itu, kitorang masih berteka-teki sama ada asrama baru itu akan jadi milik putera atau puteri yeahh yeahh. Dan, akhirnya ia jadi milik puteri. Ada satu pagi itu, Ustaz Muda (warden) panggil budak ting 3 dan ting 5 berkumpul kat dataran. Ustaz cakap pasal asrama ni. Oh, asrama ni untuk pelajar kelas peperiksaan je. Ting 3, ting 5 dan 6 atas. Masa tu, aku ingat lagi aku cakap aku tak nak duduk asrama walaupun semua orang asyik cakap pasal asrama baru ni. Huhu.

Nak dijadikan cerita, dalam bulan April rasanya.. cik syieqa cakap nak duduk asrama. Iye laa, dengan kelas tambahan pagi petang siang malam. Entah macam mana pula, aku rasa nak duduk sama. Tapi, sebab cik syieqa nak duduk asrama lama dulu... kira aku cancel laa. Haha, tak terbukak pula pintu hati. Tambah-tambah, still terikat dengan tuisyen lagi waktu tu...

Akhirnya, pindah jugak budak-budak ke asrama baru. Sejak hari tu, hampir setiap hari aku tanya Cena pasal aspuri baru tu. Macam-macam soalan. Keinginan nak duduk kat situ memang membuak-buak. Lastnya, aku risik-risik bilik bebudak ni haha. So, aku ada dua pilihan. Sama ada aku nak tinggal dekat Bilik 13 atau Bilik 16. Bilik 13; ada Cena dan Hani. Bilik 16; ada Syieqa dan Amni.

Segalanya berlaku sekelip mata aje. Hari khamis aku amik borang.. hari Ahad lusanya aku dah duduk kat sana. Petang sabtu pergi. Ke sana, dengan Ayah Chik dan Mirah. Haha, mujur sepupu aku tu ada. Kalau tak, memang rasa nak tercabut jantung laa~ Okei, penat aku merajuk dengan mama waktu tu sebab dia tak dapat hantar aku. Huhu, ada ke first time masuk hostel tapi pergi dengan bapak sedare T____T sedih konon-konon XD

Melangkah ke Bilik No 13, bukak pintu dan nampak Hani! Ohh yeahh, tarik nafas lagi. Then, dia tolong aku angkut barang. Haha, bebudak ni macam tak percaya aku masuk hostel. Aku pun rasa macam mimpi. Apa mimpi aku duduk kat sini ni? Ceh. Tarikh itu 1 Ogos '10. Nak dekat Ramadhan tu ^_^

Dalam bilik itu.. ada kakak F6; Kak Su, Kak Wani. Kakak F5; Kak Wani, Kak Dilah, Kak Amal, Kak Anis. Geng aku; Cena, Hani, Anis. Anis tu aku tak berapa kenal sangat. Tapi, sekarang aku baik sangat dengan dia. Hostel menjadi titik permulaan kami, wahhh :D




Itu loker aku, dan katil aku. Nak tau.. aku sorang je yang tidur kat katil atas waktu tu. Dua katil di kiri dan kanan aku tu kosong. Pasrah je laa. Haha, mulanya... memang aku tak tidur pun katil itu. Aci malam je, mula laa aku merempat kat katil Cena dan Hani. Akhirnya, redah je laa tidur kat atas tu sorang-sorang. Nasib baik aku bukan penakut. Hihi.

Rutin harian:

Pagi; bangun seawal orang masjid tengah mengaji. Haha, awal laa sangat. Kat asrama ni air selalu ada kira it's okay laa nak bangun lambat kan. Mula-mula je kitorang pergi solat kat surau... lepas itu, faham-faham je laa. XD Angkut baju dobi ke asrama lama; gilir-gilir. Berat wuuu. Sarapan. Selalu kalau sarapan dengan koko crunch kan... memang makan dengan tangan je laa. Why? Sebab... bebudak ni tak bawak sudu pun. Huhu. Pengalaman manis tu, makan nasi air.. koko crunch dengan tangan je. Biasa laaa.

Petang; balik sekolah.. makan. Beratur panjang-panjang T______T Naik ke bilik; tidur dulu. Mandi tu bila petang. Haha. Tabiat, semua orang sama je.

Malam; usai berjemaah.. ke kelas masing-masing. Kalau ada kelas, adalah. Kalau takde kelas, lepak je kat kelas sambil study. Time tu, memang best gile study! Lepas sudah, supper. Lepas tu, jalan ramai-ramai ke bilik. Time nak naik tangga, semua berlari. Masing-masing taknak duduk belakang sekali. Haha, penakut XD

Dan, begitu lah rutin harian. Cumanya, kat asrama... kat mana-mana pun, kawanlah yang memainkan peranan penting. Kawan jadi pengganti keluarga. Kawan-kawan; keluarga yang besar. Kawan-kawan; yang kasi senyuman, kesedihan, keterujaan, keseronakan. They made my days indeed.

Aku pun macam pelik, macam mana ada budak yang duduk asrama ni boleh homesick. Sebab.. bagi aku asrama adalah tempat yang best. Kat asrama tak buat apa-apa sangat; kerja kitorang... study, main dan basuh baju je laa. Itu pun ada je baju yang dah didobi. Kiranya; bila tiba part basuh baju... mesti main air punya. Main siram-siram sabun, riuuuuh aje. Macam budak-budak.

Walaupun 2 bulan lebih je aku sempat merasai kehidupan seorang pelajar hostel tapi semua tu dah cukup meninggalkan kenangan yang sangat indah. Pahit pun ada tapi dah tak ingat apa kemendanya sebab dah dikaburi oleh memori yang manis-manis belaka. Alahai, rindu geng aspuri. Rindu nak duduk asrama tu. Rindu pada Bilik No 13.

Rindu nak berkejar-kejaran.

Rindu nak tido sama-sama. (atas lantai, meja, katil)
Rindu nak cerita macam-macam.

Rindu saat maghrib bila satu geng rasa nak buat nakal... curi-curi solat dalam bilik. Ada sekali itu, semua sembunyi kat belakang almari bila ada orang ketuk pintu bilik. Sorang pergi bukak, rupanya kakak senior. Fuh, selamat. Ingatkan ustazah/exco, haha. Memang nakal laa.

Berkejaran dari tangga ke tangga. Aduhai, rindu rindu.

Terima kasih; dapat tukar fikiran aku tentang hostel

Terima kasih; kasi aku peluang merasai hakikat hidup yang pahit, payau, masam, manis
Terima kasih; untuk hostel itu dan segala isinya XD



with Husna


Toche, toche.
Bagi aku peluang yang cukup bermakna itu.
Aku janji; sampai mati jadi ingatan :)

No comments: