Sunday, August 14, 2011

Nak Tido, Nak Tido






Rasa nak demam, sebab mimpi buruk. Hai, mimpi mainan tido je. Takde pape takde pape pun T_____________T

Belajar Sejarah, suka sangat tengok pembentangan Syatun. Haha, dia menarik. Macam cikgu daaaah. Tak habis-habis budak ni gelak. Waktu akhir, tetibe kena smash dengan cikgu omaigod hahaha terus si Baby Ipa berpaling ke arah aku sambil mengangkat ibu jarinya. Fine, terima kasih budak XD

Waktu MADmode, sekalung penghargaan untuk makcik-makcik yang dah tolong aku jawab soalan. Haha, dari meja makcik Cena ke meja makcik Ipa ke meja makcik Pqoh ke meja makcik Yana dan akhir sekali ke meja makcik Syatun. Huhu. Banyak-banyak terima kasih untuk makcik Yana yang setia ajar satu-satu T_____________T *terharu*

Rasa nak tido nak tido nak tido ohh tolonglah saya nak tido. Berita baiknya, lepas solat.. sepatutnya ada waktu Sivik dan Addmath. Huhu, bila cikgu Sivik masuk ke kelas tup tup terdengarlah pengumuman supaya semua cikgu sila bergerak ke Bilik APD sekarang juga. Ouwwwww. Bebudak ni biasalah kan buat nada mengeluh tapi dalam hati punya laaaaaa suka :D Aku pun macam, yes dapat tido sambil berharap cg Addmath tak masuk huahuahua. Hai, tak sedar diri betul ye awak... bulan 10 dah nak exam akhir tahun! Erk erk. Rasa nak baring, nak peluk sesuatu. Terus pergi dekat belakang kerusi Thirah dan Faeza lepas tu duduk menyandar tepi dinding. Tido, sambil peluk beg Thirah ala ala teddy bear. Haha, ada laa setengah jam jugak. Bila pukul 3, Azlina kejut aku. Dia tarik jugak aku tido atas kerusi. Kesian katanya. Okey, aku bangun then duduk atas kerusi Thirah sambil melandingkan muka di atas mejanya. Huuuu, bestnya tido ~





Bila nak pergi kat pondok... jalan macam orang takde semangat. Haha, sampai je terus duduk dan tekup muka. Okey, nak tido. Tapi, bila Aja dan Kak Mimi ada... tak jadi punya nak tido. Macam hilang mengantuk dapat borak-borak ceria dengan mereka. Okey, aku sayangkan mereka. 

Oh, untuk 'awak' yang pinjam buku SI saya... sila belanja aiskrim lepas raya nanti sebagai upah! 

(dah laa 'kutuk' buku orang, tahu laa tak berbalut T_T) :P






PS: Aku dan Baby Ipa buat date kat belakang pintu kelas waktu MADmode. Dia menyandar di sebelah kiri, aku menyandar di sebelah kanan pintu. Kami borak sambil main-main penyapu. Ceh, walhal teacher ada je kat meja cikgu tapi tengah dikerumuni oleh bebudak lelaki. So, inilah masa yang tepat untuk kami berbicara hahaha XD



No comments: