Friday, August 19, 2011

Rintisan Rindu




Tetiba, rasa rindu sangat dekat kawan-kawan sekolah rendah. Lama tak pergi sekolah tu, rindunya rindunya rindunya! Ye laa, enam tahun bukan suatu masa yang sekejap. Walaupun, dalam jangka masa enam tahun itu semua masih kecik-kecik, mentah-mentah belaka. Tapi, zaman itu laa yang paling menyenangkan. Tak perlu fikir masalah, hanya nikmati je hidup sebagai budak-budak. Alahai.


Walaupun masa tu masing-masing belum ada telefon bimbit nak 'bergayut' atau main sms... tetap aje rasa erat dengan diorang. Haha, lama dah tak bergayut guna telefon rumah. Dulu, selalu je buat macam tu dengan kawan-kawan lama. :)

Mungkin dulu, hati masih suci kot. Budak kecik, apa laa yang tahu. Rindunya, rindu sangat-sangat. Terutama tahun 2007. Kelas petang dan malam hampir setiap hari.

Aku ingat lagi, waktu tu kelas sains. Semestinya di makmal. Tika waktu rehat, ramai-ramai rehat kat dataran perhimpunan. Macam-macam buat. Borak-borak, main-main, kejar-kejar. Geng aku? Okey, pegang tangan buat bulatan... sambil jerit-jerit panggil kawan-kawan lain ikut sama. Lepas dah pegang erat-erat, kami  berpusing sambil mendongak ke atas. Kami tengok bintang sambil-sambil cari buruj. Kalau jumpa buruj masa kelas malam, memang riuh laa! Masing-masing nak menatap ciptaan-Nya yang indah. SubhanAllah :D

Kami gelak sama-sama. Pening, lepas main pusing-pusing. Agaknya, waktu kelas malam kitorang kerap mentadabbur alam. Suka tengok langit, langit cantik dengan hiasan bintang.

Rindu dengan senyuman mereka. Nak jumpa mereka. Lama tak jumpa. :'(


Kali terakhir jumpa mereka ramai-ramai, bila reunion tahun 2008.




PS: Sekolah menengah pun best jugak. Tapi, terlalu banyak cabaran.. dugaan. Permainan hidup terlalu berselirat, sampai kadang-kadang susah nak diuraikan balik. Penat :'(


2 comments:

syieqa said...

aku bub2 tgk ko beli novel ni.. mngetak doh aku.. sabo je laa..

Sya Izz said...

ha3, ak x bli lg laaa. idaman qalbu je tuu... esok jom? kite tawaf jerteh! haha