Thursday, December 6, 2012

Di Atas Segala Sesuatu


aku lupa.
Tuhan yang memiliki manusia.
mana mungkin manusia bisa memiliki manusia.
kerana hamba tetap bertuankan Tuhan.
dan, hamba tidak mampu menjadikan setarafnya bernilai lebih daripada segala sesuatu.

aku hamba. dia juga begitu.
Tuhan itu tuan. Dan selayaknya yang bernilai lebih daripada segala sesuatu; hati hamba buat Tuhan
bukan hati hamba untuk hamba

Kenapa Tuhan?
kerana letaknya Dia.. lebih di atas segala sesuatu.

syaizz-06122012/0150


* * * * * *

hati manusia, bukan milik kita kan? *diam*

hei, selamat hari merdeka! untuk diri sendiri, sempena berakhirnya SPM. hari ini mungkin tersenyum riang kerana setelah 5 tahun, akhirnya hari penamat sudah muncul. tapi, siapa tahu hari esok? pipi ini mungkin dihujani rintisan-rintisan air yang turun daripada mata, kerana aku pasti, sebuah kerinduan yang mendalam pasti hadir. benarkah, rindu itu hakikat derita yang indah?

ah! tak sampai sehari berlalu, tapi aku sudah merasakannya. rindu. rindu. rindu. dan, rindu.

aku di sini, sedang merindu. :)

aku rindu akan telatah mereka yang sentiasa memberi gelak dan tawa.

aku rindu akan kerenah mereka yang terkadang menimbulkan geram dan marah.

aku rindu, kerana aku belum bersedia untuk berpisah. haha, tapi tiada apa pun di dunia yang kekal selamanya. makanya, hidup perlu diteruskan. kerana memori itu, adalah penguat hati.

tapi, aku rindu :(
waktu menunjukkan pukul 0213, dan aku sedang merindu perkara yang sudah berakhir.



Saturday, December 1, 2012

Damai


"Eh, itik!"

"Iqa, iqa pernah tengok angsa tak?"  *Cik P perli*

Hahaha. Sama-sama gelak. Sebab Iqa buat muka teruja pabila nampak itik melenggang (?) waktu jalan-jalan hirup udara petang dengan Cik H dan Cik P.

Main baling-baling belon air kecik dengan adik Cik H.
Bila belon pecah, sama-sama gelak. Basah. Terpercik.

Duduk atas buaian jaring yang sangkut di antara dua pokok tu, Cik P hayun laju-laju. Wahhh.

Gelak sama-sama sambil perhatikan motor-motor yang tak henti-henti bergerak. Sentiasa akan ada.

Waktu tengah jalan-jalan pulang, tetiba anak jiran depan rumah (sebaya) melaung. Hah. Cik H kata dia bawak orang KL pusing-pusing kampung. Haha. :P Singgah sekejap, borak-borak petang. Erk, borak-borak lewat petang sebenarnya. :)

Memang rasa suasana kampung la petang ini :) Petang yang damai.

Damai.


* * * * * *

Kadang-kadang aku tak sedar pun
Yang di sebalik rintisan-rintisan hujan
Ada sesuatu yang menenangkan jiwa
Seakan membasahi hati yang gersang

Hujan sahaja sudah cukup,
untuk memberi damai pada hati

kerana damai itu
ada di situ