Saturday, December 1, 2012
Damai
"Eh, itik!"
"Iqa, iqa pernah tengok angsa tak?" *Cik P perli*
Hahaha. Sama-sama gelak. Sebab Iqa buat muka teruja pabila nampak itik melenggang (?) waktu jalan-jalan hirup udara petang dengan Cik H dan Cik P.
Main baling-baling belon air kecik dengan adik Cik H.
Bila belon pecah, sama-sama gelak. Basah. Terpercik.
Duduk atas buaian jaring yang sangkut di antara dua pokok tu, Cik P hayun laju-laju. Wahhh.
Gelak sama-sama sambil perhatikan motor-motor yang tak henti-henti bergerak. Sentiasa akan ada.
Waktu tengah jalan-jalan pulang, tetiba anak jiran depan rumah (sebaya) melaung. Hah. Cik H kata dia bawak orang KL pusing-pusing kampung. Haha. :P Singgah sekejap, borak-borak petang. Erk, borak-borak lewat petang sebenarnya. :)
Memang rasa suasana kampung la petang ini :) Petang yang damai.
Damai.
* * * * * *
Kadang-kadang aku tak sedar pun
Yang di sebalik rintisan-rintisan hujan
Ada sesuatu yang menenangkan jiwa
Seakan membasahi hati yang gersang
Hujan sahaja sudah cukup,
untuk memberi damai pada hati
kerana damai itu
ada di situ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dio g mano tu?
jiwo mlek tehh..
Post a Comment