Saturday, December 15, 2012

Sepupu & Chalok


Selamat petang. :)

Cerita hari ini hanyalah untuk membuat orang Nottingham (Selangor) cemburu. Haha.

Begini ceritanya, sedang elok-elok aku menghadap komputer tup tup cik sepupu telefon. Katanya, dia sedang berada di rumah cik sepupu yang sorang lagi. Diorang ingat nak pergi pantai, tetapi, hujan. Maka, batalkan rancangan itu dan entah tiba-tiba rasa nak pergi rumah Che Ma (emak saudara) yang terletak nun jauh di Chalok. Haaa, aku on je rancangan diorang itu. Dalam pukul 12 tengah hari, diorang pun sampai. Okay, okay, bertolak sekarang. Sudah lah bertiga sahaja, perghh, memang syok la. Aku, Bilah dan Mirah. Tapi, mesti la Bilah yang bawak kereta sebab huhu dia sorang je yang dah ada lesen. (lambatnya aku nak dapat lesen kereta)

Kira-kira, hampir sejam jugak laa perjalanan. Kitorang guna jalan pantai Penarik, memang indah laa pemandangan. Hehe. Bila dah sampai rumah Che Ma, kitorang makan-makan bla bla bla bla dan bla. Tidak lama kemudian, selepas Asar, Abah Long dan famili pulak datang menyusul. Oh, Abah Long itu abahnya Bilah. Bilah yang cakap kitorang tengah lepak rumah Che Ma, itu yang ajak diorang datang sekali kalau diorang nak datang. Lagi meriah. :)

Hehe. Siap bawak Hafiey (anak sepupu) yang kebetulan hari lahir dia jatuh pada hari ini. Wah, sudah cukup 2 tahun Hafiey. Semakin cerdik dan semakin petah bercakap. =D

Rumah Che Ma memang banyak novel. Jadi, sempat jugaklah habiskan satu novel. Huhu. Tapi, kena tempelak dengan Ayah Mat, "Aik, kalau nak baca novel.. baik pergi library." Haha. Kan dah kena. Huahuahua.

Jadi, kitorang makan dan makan dan makan lagi. Baca novel. Borak-borak. Main-main. Main dengan Hafiey sangat lah seronok! Yeah, sememangnya suasana yang bahagia. Alhamdulillah. :D

Kitorang bertolak pulang dalam pukul 10 malam. Haa, kali ini Ijak pula yang jadi driver. Abah Long dan yang lain balik terus ke rumah diorang di Pasir Puteh. Yang naik Vios, cuma Ijak, Kak Siha, Bilah, Mirah dan aku. (oh, orang nottingham tolong lah jeles! :P) Jadi, Ijak kena laa hantar aku dulu pulang ke rumah. Kemudian, hantar Mirah. Kemudian lagi, baru lah tiga beradik itu balik ke rumah mereka. Haha, jauh tak jauh.. nasib lah. :P

Dalam perjalanan, macam-macam kitorang bualkan. Gaya dah dewasa kan. Hihi. Radio mainkan lagu Hindustan, alah, lagu Kuch Kuch Hota Hai ke ape lupa laa pulak. Boleh pulak kitorang buat cerita, ijak jadi heronya, aku jadi heroinnya, mirah jadi heroin yang sorang lagi tu, kak siha jadi nenek, bilah jadi anak perempuan. Haihh. Macam-macam! Duduk dengan diorang ini, memang perangai selalu bikin tak kering gusi laa. Sama je semua. (orang nottingham dah cemburu ke belum? :P)

Kemudian, Ijak bukak pulak cerita pasal zaman Islam dahulu, kehebatannya.. kejatuhannya.. bakal doktor itu dah macam ustaz dah! Aku rasa macam dengar talk pun ada. Hehe. Tiba-tiba rasa kerdil pada budak ex-mckk itu sebab rupanya banyak jugak aku tak tahu pasal sejarah kita. Hmmm. *muhasabah*

Okey, sampai di rumah aku dalam hampir pukul 11 malam. Erk. Ijak itu bawak kereta, lajunya mak aiii boleh tahan, gerun jugak aku. Entah berapa kali aku dan Bilah warning Ijak haha dah la malam-malam. Huuu, nasib baik tiba dengan selamatnya. :D Tapi, aku rasa nanti kalau aku yang jadi pemandu mesti aku bawak laju jugak. *gelak  jahat* Sebab aku suka laju. Cumanya kalau aku penumpang, memang aku rasa nak lepuk je sape-sape yang bawak laju. *berat sebelah* =)

Lepas ucap selamat tinggal bla bla bla dan tata pada diorang, maknanya tamat sudah cerita perjalanan untuk hari ini. ^_^

Haihh.

Dulu sewaktu kecik-kecik.. main lumba lari, badminton, teng teng, game ayam lah dan macam-macam lagi.

Sekarang, masing-masing dah habis sekolah menengah.. habiskan masa dengan jalan-jalan bawak kereta pulak, sambil cerita tentang masa depan serta mengimbau masa lalu (lepas itu gelak ramai-ramai). :P

Oh, betapa masa berlalu dengan pantas! :)

Dan, mereka; sepupu-sepupu sebaya yang sangat dekat di hati. Alah sebaya lah tu, walaupun beza umur ada yang setahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun lalalalala ~ Tapi, masih tetap rapat. Macam kawan yang baik, dan sahabat yang memahami.

Terima kasih; Ijak, Bilah, Kak Siha, Mirah, Alyaa, Hanis, Aqila, Hafiey untuk kenangan yang cukup manis! :D



Nota:

Haaa. Orang Nottingham, dah menangis ke sebab cemburu? Waahaha. Kami di sini, merindukanmu! Cepat-cepat la balik oiii, boleh kita pergi jalan-jalan pulak. -.-'


No comments: