Monday, December 17, 2012

Curhat


Selamat pagi, :)

Disebabkan aku punya hari lahir jatuh pada 25 Disember, jadi, urusan aku di Institut Memandu semuanya tergendala selepas lulus ujian e-test hari itu. Hmm, tidak ada sebab lain melainkan tidak cukup umur! Oh, sabar je la. Jadi, aku hanya perlu tunggu 2512 dan selepas itu baru lah aku boleh proceed to the next.

Oh, aku tak kisah sangat pun pasal benda itu. Aku bukannya terdesak sangat nak buat lesen, insyaAllah, masa masih panjang. Tapi, tak tahu kenapa rasa sedih. Sedih sangat. Aku tak tahu nak cakap macam mana atau kenapa, tapi yang aku tahu... aku sedih. Sebab, aku rasa tiada sesiapa untuk aku curhat. Hanya diam yang menjadi peneman. Sunyi menjadi penghibur.

Dan, aku rasa perasaan lama aku itu muncul lagi. Setelah sekian lama.
Aku rasa keseorangan. Aku rasa, penat.

Hati aku, macam patah seribu.
Tapi, aku tak tahu kenapa.

"Walau, kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu, ku hidup seolah-olah kau masih ada, bisikan kata kepadaku.."

Itu petikan lirik lagu Patah Seribu. Aku suka sangat lagu itu. Kalau aku dengar petikan itu, aku teringat pada seseorang; -awak. Seseorang yang beri impak besar dalam hidup aku. Dan aku rasa, kehilangan. Aku hilang dia. Aku rasa dia macam tak peduli pada aku. Beratnya rasa. Sakitnya rasa. Aku cuba bertahan, sambil cakap, semuanya akan okay. Semuanya akan jadi macam biasa.

Aku tahu dia sibuk. Aku cuba nak faham dia. Aku cuba.

Tapi sekarang, aku betul-betul rasa hendak pergi berdiri di luar hujan yang lebat. Dan, aku hendak menangis. Cukuplah, aku cuma hendak menangis.

Tuhan...
Damaikan aku dalam rintisan hujan...

Tuhan....

No comments: