Saturday, December 15, 2012

Game Ayam


Sobahal kheir :)

Sekarang ini bulan Disember, alhamdulillah, hujan sentiasa turun. Sukanya :) Rasa damai je apabila langit menangis. Hehe. Sejuuuuuuk. Suka suka suka! :D




Oh, itu kakak aku + aku sewaktu tengah syok main game Ayam. Game ini game PS1, jadi, game ini memang dah lamaaaa ada sejak aku sekolah rendah lagi. Game Ayam ini lah yang aku dengan sepupu-sepupu selalu main waktu zaman sekolah rendah dulu. Haha. Sampai sekarang pun masih tidak dilupakan. Sepupu aku cakap, diorang simpan lagi game ini sebab sayang sangat. Nah, sekarang kitorang main di komputer sahaja :P

Dan, sampai sekarang kitorang masih sukaaaaaaaaa main game ini. Nostalgia kot, hoho mana tidaknya, dari kecik sampai ke besar game ayam inilah selalu di hati. Okey, ini game racing sebenarnya. Sebab apa kitorang panggil game ayam? Sebab ayam watak utama kot. Haha. Lantaklah. :D

Ingat lagi, waktu sebelum SPM, maknanya kehidupan tengah haru-biru haha, jadi suatu hari pergi lah jalan-jalan ke rumah Abah Long bila balik ke Pasir Puteh... kebetulan Ijak, Anif, Bilah, Kak Siha dan kakak aku pun ada. Makanya, ho yeahh, marilah kita bermain game ayam.

Aku lawan dengan Ijak, aku kalah. Tapi, tak habis-habis gelak waktu tu. Lama rasanya tak ketawa macam tu. Sebab, bila kitorang main game tu, memang lucu habis la! Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab semua orang gelak, gelak dan gelak. Tambah-tambah, Bilah. Bilah gelak sebab cakap 'ustazah' pun boleh kecoh tahap gila-gila dek kerana main game ayam. Perghh. Memang kecoh pun, hingar-bingar bila kitorang race. Haha. Kalau aku lawan dengan Bilah pun aku kalah. Lawan dengan Anif pun kalah. Mak aii. Sejak kecil hingga lah sekarang, tak pernah aku rasa aku menang race tu. Arghhh. *hantuk kepala pada dinding*

Memang terbang la stress masa itu dek penangan game ayam yang cool petala sepuluh + sepupu-sepupu aku yang macam tak cukup umur semuanya. Walhal, semuanya dah habis sekolah menengah. Haha. =.='

Sesungguhnya, game ayam ini adalah satu nostalgia untuk keluarga besar kami. Keh keh keh. :D

Dan, aku harap game ayam ini boleh bertahan untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi dalam simpanan sepupu-sepupu aku. Hamboiii, nak kasi anak-anak main ke hape? :P


No comments: