Oh hai! Apa khabar semua? :) Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Okay, nak cerita tentang hari ini! 121212. Hari yang sangat meletihkan tetapi membahagiakan. Perghhh. Kenapa bahagia? Kerana masa itu dihabiskan bersama kesayangan-kesayangan hati. :)
Ujian Undang-undang. (E-Test)
Ya. Hari ini ada ujian undang-undang di Jabi. Hmmm. Seawal pukul 9 pagi lagi sudah terpacak di Institut Memandu. Fuh, semangat! Semangat apanya, kalau lewat nanti tak pasal-pasal kena tinggal dengan Pakcik Van. Sementara menunggu, kitorang lepak di kantin je. Sambil menelaah buku. Haha. Malam sebelum nak ambil ujian baru terhegeh-hegeh nak bukak buku. Tu pun cuma baca buku yang Q&A. 'Buku Teks' memang minta maaf la ~ Pukul 12 am masih ber-sms dengan Cik SM, ya, masing-masing tak habis mengadu buku undang-undang itu bosan. Arghh. Memang bosan betul :P
Oh, sempat beramah mesra dengan seorang kakak ini. Nampak dia tengah duduk berdiri sorang-sorang, jadi sementara Nabilah pergi dekat kaunter, sempatlah tegur.. Huhu, selamba badak je tanya kakak tu sekolah mana. Padahal dah belajar di U :P Nak buat macam mana, muka kakak tu muka baby face. Tak hairanlah kalau aku ingat dia lepasan spm macam kitorang. Hehe. Kakak tu comel sangat! Dah la peramah jugak. Namanya Putri Safira Nabila. Hmm, cantik nama. Safira. Suka suka suka! :)
Okay, sampai di pusat e-test tu lebih kurang pukul 10 la kot. Ehemmm. Memang penantian itu satu penyeksaan! Orang ramai, tempat kecik je. Mula-mula tu berdiri je, arghh, tak sanggup tak sanggup, buat muka tak tahu malu dan duduk bersila di atas lantai je. Ahaaa. Jangan risau, lantai karpet :P Mula-mula aku sorang je duduk haha tapi lama kelamaan dah jadi fenomena biasa dah. :P Mana taknya, tak tahan manusia berjam-jam nak berdiri sambil pegang buku. No way ~ Erk. Aku la yang tak tahan. Korang semua aku tak tahu la :D
Untung ada jugak nampak muka budak-budak sekolah aku. Haihh, dulu jumpa kat sekolah. Sekarang jumpa kat sini. Cepatnya masa berlalu! :) Menunggu dan terus menunggu. Sambil berborak. Haha. Lama tak jumpa kawan-kawan. Kalau dulu hari-hari boleh bercerita di sekolah, sekarang tidak lagi! *sedih*
Husna Madiha, Syafiqah Manaf, Eizat Zakbah, Nabilah Rosli.... geng yang naik satu van dengan aku! Memang berkepit dengan diorang je laa. Haha. Kat sekolah pun dah rapat, so takde masalah la nak hang out~ Dan, yang sedihnya... diorang semua dah buat ujian sebelum pukul 1 petang! Aku, aku sorang je yang tersesat selepas pukul 2 petang. Arghh, boleh dibayangkan tak apabila anda harus menunggu sangaaaaaat lama dengan perasaan yang sangat bosan? Haha. Rasa nak hentak-hentak kaki pada lantai je. Sabar. Sabar :D
Jadi, kitorang jalan kaki pergi masjid untuk zuhur! Agak seronok laa dapat jalan-jalan di tepi jalan ramai-ramai. Hehe. Rindunya sekolah. Rindunya! *tetiba* Bla bla dan bla. Kembali ke pusat e-test dan yeahhh akhirnya nama aku pun dipanggil. Lega betul! Dah nak dekat 3 kali aku khatam buku Q&A itu sementara menunggu sepanjang hari ini. Haha.
Komputer no 3. Tangan dah sejuk tahap ais. Oh, kalau tak lulus aku memang dah tak sanggup nak datang sekali lagi ke tempat itu dan menunggu lagi. Waaa waa waaa. Tidak, tidak dan tidak. Kena lulus. Harus lulus. Wajib lulus. Masa diberi 45 minit sahaja tapi aku jawab dalam masa 10 minit 53 saat rasanya. Dan alhamdulillah, lulus :) 44/50. Okey laa tu. Cik SM 44 jugak. Cik HM 45. Cik NR 46. Hehe. Alhamdulillah. Boleh la nak senyum. Sekurang-kurang berbaloi jugak masa aku satu hari di sini.
Jadi, bila semua budak IM Besut dah siap, kitorang naik van dan balik!
Alhamdulillah untuk segalanya.
:)
Majlis Kahwin
Tak. Tak. Tak. Cerita belum tamat ni. Hari ini jugak kakak kepada Najihah kahwin. Anak ustazah aku. Makanya, kitorang memang dah aim lepas habis e-test memang nak pergi serbu rumah Jihah. Mesti! Sanggup ni tak makan tengah hari sebab nak pergi makan di rumah Jihah. Ahahaha.
Kebetulan, di tepi pusat e-test tu ada kedai jual bunga. Jual bunga segar pun ada. Waaahh. Biasala, perempuan memang teruja dengan bunga-bunga. Tambah pulak, cantik! Jadi, memandangkan kitorang nak pergi majlis kahwin makanya kitorang pun kongsi duit dan beli bunga segar putih untuk dihadiahkan kepada pengantin. Phewww. Cantik sangat! Suci je aku tengok bunga tu. Haha. Putih kan. =)
Jadi, di rumah Jihah, kitorang makan dan bergambar. Oh, memang riuh rendah laa!
Psstt, sebelum kitorang masuk ke dalam rumah pengantin, sempat lagi sapu minyak wangi Cik HM pada kelopak bunga tu. Hahaha. Biar wangi siket sebab bunga tu tidak berbau. Hanya cantik semata-mata. :P Memang wangi laaa! (aku rasa tak pasal-pasal pulak layu bunga-bunga tu nanti sebab kena minyak wangi, hehe)
Penat, tapi berbaloi.
Sebab kadang-kadang, senyuman yang mekar di bibir insan-insan tersayang seakan cukup untuk merungkai lelah. :)
Okay, itu sahaja untuk hari ini.
Jumpa lagi! :)

-sincerely me, -
Ps. Arghh. Susahnya nak kawal perasaan. Haha. Tak terkawal. Menyampahnya aku, menyampah dengan diri sendiri! -,-
No comments:
Post a Comment