Monday, December 31, 2012

Untuk kenangan; 2012.


Selamat malam, :)


Malam terakhir untuk tahun 2012. Hari terakhir untuk tahun 2012. Ah, sungguh cepat waktu berlalu. Sepantas kilat. Rasanya, baru semalam aku memakai baju kurung biru berjilbab putih dan meredah hujan di pekarangan sekolah untuk uruskan hal-hal asrama. Pertama kali masuk asrama tepat sehari sebelum sekolah dibuka. Entah kenap bersungguh benar mahu tinggal di asrama pun aku tak tahu, haha, alhamdulillah, walaupun bertahan cuma hingga awal April tapi kenangan dan pengalaman yang aku dapat.. cukup memberi aku sesuatu yang bermakna. =D

Dan sekarang, aku di sini. Dua tiga hari ini, secara tidak langsung menjadi tukang jahit tidak rasmi - menjahit lencana sekolah adik-adik. Waaaa. T______________T Rindunya. Rindunya. Rindunya nak pergi sekolah. Perasaan teruja nak pergi sekolah pada hari pertama.. nampaknya telah berakhir di sini. Cis, ayat! Hehe. Betul. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan lagi. Tapi, 12 tahun (6 tahun- Darjah 1 di sekolah papa. 7 tahun - darjah 1 di sekolah mama) menempuhi alam persekolahan merupakan memori yang cukup indah untuk aku kenang!

Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya. Dan, pengakhiran aku untuk zaman persekolahan... telah tiba. Sudah sunnatullah. :) Reda la wahai diri sendiri..

Okey, aku terasa mahu menulis dengan panjaaaaaaaaaaaaaaaaaangnya pada hari terakhir 2012 ini. Haha.

2012. Suka dan duka. Bergelar seorang pelajar tingkatan 5, fuh, memang tahun penentu antara hidup dan mati laa. SPM punya fasal. Lalalala.

Sahabat-sahabat yang memang mewarnai hidup!
Yang di asrama, di sekolah.. memang sentiasa melayan kerenah aku. Waaa. Terharunya. Kalau nak cerita, tak tercerita!

Mereka, yang sentiasa ada untuk aku;

Husna - yang sentiaaaaaaaaaasa 'cool' dan tenang ~ serius, aku tidak pernah pun tengok budak tu emo tak tentu pasal macam aku. haha, aku kan kaki emo. so, bila masuk kelas dengan emo tidak kira la nangis ke muka bengang ke muka sedih ke muka kecewa ke muka mengamuk ke... maka dia, akan tanya aku dengan selambanya, "bakpo pulok ni?" ~ dan dia, akan kasi nasihat, gosok atau tepuk belakang aku. argh. rindunya dekat Cena!

Ipa - otak dia memang spesies otak aku agaknya. well, agaknya satu kelas dah lali dengan perangai kitorang yang boleh bercakap non-stop, yang tak tahu malu erk, yang perangai macam budak-budak, yang selalu gaduh dan yang selalu meng-hingar bingar-kan kelas. Haha. Ipa. Dia memang budak brutal yang baik, haha. Aku sayang dia. Dalam kelas, Ipa dan Iqa tidak dapat dipisahkan. Oh! Kitorang jugak selalu melawat ke bilik guru untuk melepak (?) pernah, selamba je duduk bersimpuh di atas lantai dalam bilik guru sambil makan kacang yang teacher bagi. hoho, kan aku dah cakap, spesies muka tak tahu malu~ haha.

Dia banyak tolong aku. Waktu dah nak dekat dengan SPM, seminggu jugak lah aku tak pergi sekolah. Pagi petang siang  malam muntah + demam arghh memang aku rasa macam nak mati la waktu itu. Kemudian, lagi dekat dengan SPM.. kena pulak radang pada kaki sampai nak jalan pun tak boleh. Tak pergi sekolah jugak dalam 2-3 hari. Memang betul-betul SPM hendak muncul alahai.. Ipa la yang bereskan borang es pi em aku itu ini.. aku rasa macam terharu gile. Sangat. Ipa, ipa. :)

Perempuan-perempuan cantik yang selalu mendodoikan aku di surau - haha. aku ada satu tabiat yang aku suka buat apabila berada di surau. Aku suka melentokkan kepala aku dalam ribaan mereka dan pejam mata sambil pura-pura tidur. Haha. Ada yang akan gosok belakang aku, ada yang aku suruh zikir untuk aku. Waaa, manisnya. Terima kasih Pqah Jusoh, Farahim, Anis dan sesiapa yang sentiasa menjadi mangsa aku. Keh keh keh. Maaflah, menyusahkan. =D

Sahabat-sahabat aku yang sentiasa mendengar - Tidak dapat dinafikan tahun 2012 sangat berat untuk aku cewahh haha makanya banyaklah orang 'dipaksa' oleh aku untuk menadah telinga bagi mendengar masalah aku. Hehe, untungnya aku.. dapat sahabat yang cukup-cukup baik. Qilah, Pqah, Hazim, Hani, Husna Madi, Jihah, Pqoh, Faeza, Mira Sya dan ramaaaaaaaaai lagi yang tidak tersebut. :)

Cikgu - cikgu yang tercinta ~ Ya, aku rapat dengan cikgu-cikgu. Kami rapat dengan cikgu-cikgu. Sebab, cikgu-cikgu semua baik. Semua memberi nasihat dengan cara mereka yang tersendiri. Aduhai, satu daripada sebab tidak mahu meninggalkan sekolah adalah kerana tidak mahu meninggalkan cikgu-cikgu yang sudah 5 tahun sebati dalam jiwa. T____________T Cikgu, rindu sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat.

Juniors yang di sayangi - Hajar Afiah, Haizum, Adieya, Naha, Hilal, Malihah, Najihah, Aisyah, warga A206 waaaaa kak iqa rindu korang! Terima kasih atas gelak tawa, suka duka bersama. Terima kasih sebab sudi meminjamkan senyuman yang sangat manis dan perhatian yang lebih dari cukup. ^_^

Awak - Terima kasih, untuk segala-galanya. Sangat.





Okey, tak tertulis lagi apresiasi aku sebab bagi aku segala yang berlaku dalam hidup.. orang-orang yang pernah hadir dalam hidup... semuanya bermakna untuk aku. Aku mungkin tiada apa-apa, yang aku punya hanyalah kasih buat semua yang sudi menerima. =)

Inilah penamatnya, untuk tahun 2012. Isnin.

2012 yang mengajar aku erti jatuh dan bangun.. menyayangi dan disayangi.. suka dan duka.. gelak dan tawa.. sedih dan kecewa. Segalanya secukup rasa! Cukup untuk memberi kemanisan hidup yang memberikan keindahan dan seenaknya memberi kepahitan hidup yang memberikan pengalaman.

Aku tidak tahu apa yang perlu diungkapkan lagi, selain daripada rasa terima kasih yang amat sangat kepada Tuhan.. di atas segala nikmat yang telah Dia berikan.

Terima kasih, Tuhan.
:)


kerana 'menghantar' mereka semua ke dalam hidup aku; menukar warna yang suram kepada pelangi yang cukup indah!

Terima kasih, Tuhan.
:)


kerana 'memperisakan' cerita aku dengan penuh manis dan tawar, sehingga menjadikan ianya cukup sempurna.

Selamat tinggal, 2012. 
yang penuh dengan nostalgia.
(nostalgia- kenangan indah yang sangat dirindui)




Dan, lagu di bawah (You and I See) pernah dihadiahkan oleh Cik BamBam kepada aku.
Aku sangat menyukainya! (pernah, bila stress.. sumbat earphone kat telinga lepas tu bukak full volume dan hayati lagu tu. konon nak lepas stress haha)

Hari ini, aku mahu hadiahkan lagu U N I C untuk sesiapa yang membaca catatan terakhir 2012 ini =)

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down 
Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather 
C/o:
No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too 
No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See... 
Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender! 
Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong

2012 yang bakal dirindui, selamat tinggal! =)




-Love, Orked.-
31 Disember 2012.
2303.


No comments: