Tuesday, January 1, 2013

Memilih untuk Bahagia


Selamat malam! :)

Selamat datang, 2013.

Moga tahun baharu ini, lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga dapat menjadi insan yang lebih baik. Uhuu. Tahun baru selalunya pasti diselitkan azam baru. Erk. Aku pun tak pasti azam aku pada 2012, betul-betul tercapai atau tidak. Sudah lupa. Waaa, manusia memang sifatnya pelupa. Alahai, cari alasan la tu Sya Izz! ~

Yang paling utama, azam perlu bukan hanya sekadar bertahan seminggu dua. Tapi, diterapkan dengan tekad yang sebenar-benar tekad. InsyaAllah.

Okey, point azam tahun baru masihi.

1. Good girl. (menurut definisi Tuhan)
2. Patient, anger and adapt.
3. Reda dan ikhlas.
4. Happy. Choose to be happy.

=)

Tulis point je, huraian semua dah tersimpan kemas dalam hati. InsyaAllah, boleh buat!


 * * * * * *

Tadi ada bengkel 3 jam di Institut Memandu. Finally, baru boleh proceed the rest. Almaklumlah, baru cukup umur. Haih, nasib la jadi 'budak akhir tahun' ini. Hehehe. =)

Sementara tunggu kelas dimulakan, lepak dengan Bella dan Irah Rosli. Waa, tak sangka jumpa mereka. Hehe, rindunya! Oh, Irah Rosli juga adalah seorang perempuan cantik yang aku adore. Dan dia juga ada dalam list, 'sekiranya aku seorang lelaki, mesti aku suka dekat dia'. Haha, aku suka perhatikan kawan-kawan perempuan aku, dan selalu cakap kat Pqoh yang kalau aku ini lelaki, mesti aku suka si dia, si dia atau si dia sebab itu ini bla bla dan bla. Haha.

Bagi aku, Irah ini unik. Sungguh. Dia nampak macam rock, macam biasa. Tapi, ada manisnya. Terselit keayuannya. Lembut pula bicaranya. Alahai kawan aku, :) Kalau pandang dia, satu je yang hati aku cakap... Manis. ^_^

Okey, okey. Bila berjumpa biasa la pot pet pot pet. Kemudian, diam. Lama. Sebab, aku mula bukak buku Memilih untuk Bahagia.

 Tup tup Bella cakap, "Sya Izz dah jumpa bestfriend dia."

Aku pun pandang kiri kanan. Siapa?

Bella ketawa, "Buku."

Aku gelak je la. Bella sambung lagi, "Kalau tidak, pot pet pot pet je mulut."

Aku amin kan aje la dalam hati. Moga-moga buku boleh jadi teman baik aku hingga selamanya. Amin. Oh, aku suka buku. Sesungguhnya, sangat sangat sangat buku. Bagi aku buku, dan aku boleh diam untuk berjam-jam. Haha. Tinggalkan aku di kedai buku, dan aku boleh merayau-rayau di dalamnya untuk berjam-jam. Rasa macam teruja, gembira sangat bila dapat tengok dan belek buku-buku yang banyaaaaaaaaak.

Dan betullah, buku adalah salah satu guru untuk diri aku!
Banyak dapat belajar melalui rangkaian ayat-ayat yang ditulis. Banyak. Tak terkira.

Oh, baru-baru ini sempat beli buku Blues Retro, Padanya Ada Hikmah, Memilih Untuk Bahagia dan The Power of Now edisi Bahasa Melayu. Tidak. Tidak. Bukan guna duit aku, sebab semestinya aku tidak berduit sekarang. Huhu. Terima kasih sangat untuk mama dan papa yang sangat mengerti bahawa anaknya yang sorang ini gilakan buku.

Orang Notts lain laa, ada duit sendiri.. boleh beli buku sendiri. =P Jangan lupa janji anda nanti anda pulang ke sini. Keh keh keh.

* * * * * *

Padanya Ada Hikmah.


Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.

Tak menyesal lah kalau baca. Sangat bermanfaat, dan sangat dapat memberi motivasi kepada sesiapa yang membaca untuk menjadi orang yang lebih baik. Betul. Sila baca kalau tidak percaya! =P

Bukunya pun nipis aje, dan santai.





Dan, satu lagi buku yang super best!

Memilih untuk Bahagia.

Jujur aku cakap, selalunya buku jenis macam ni akan mengambil masa yang agak lama untuk aku habiskan lantaran huhu buku yang baik kan... godaan dari setan pun 'baik' jugak. Haha. Salahkan setan ~ =,='

Tapi, buku ini betul-betul buat aku tertarik.

Ada bahagian-bahagian yang tersusun. (ibu bapa, masyarakat, kerjaya rezeki etc)
Ada cerita-cerita yang dapat dijadikan pengajaran

Bila baca buku ini, aku seakan berbicara dengan lembutnya kata-kata seorang manusia yang sedang memberikan nasihat dengan semanis-manis ayat. Alahai, hati aku bagai tersentuh.

(tidak lupa, covernya juga sangat cantik pada pandangan mata aku, haha)



* * * * * *

Till then, happy new year!
May Allah bless and ease everything. :)






Orang Notts; tolonglah ajari adikmu ini untuk menjadi kakak yang baik dan penyabar. Argh. ~


-Love, Orked.-




1 comment:

z@hir Mokhtar said...

wahh...suka sngt puji2 org..btw,it's great and goooooddddddd...