Wednesday, January 9, 2013

Suri rumah (?)


Selamat malam :)

Oh, betapa aku rindu untuk merepek di sini. Hehe.

Baiklah, sekarang aku berada di Dungun. Ya, di rumah Ayah Su dan Aunty Su.. Hmm. Sebulan jugaklah aku akan berada di sini insyaAllah. :)

Text Cik SM - Ada hikmah la tu aku tak dapat PLKN sebab agaknya Allah nak suruh aku belajar erti sabaaar kat sini. =D

(ya, aku memang frust sebab tak dapat PLKN. Haha. Seronok ape. Tapi, takpelah.)


Haha. Serius. Memang pening dengan budak-budak yang pelbagai ragam itu. Alahai sepupu-sepupuku yang masih kecil.

Amir. Dinie. Dina. Khalis. Fahmy.
dan penyejuk mata, baby Nawal! :)

Budak-budak, biasalah.

Gaduh situ sini.
Main situ sini.
Nakal situ sini.

tapi, tidak lupa.. manis situ sini.

Haha. Terutama budak Dina, Ayish dan Amiy.

Dina dan Ayish yang selalu berebutkan aku. (oh, orang Notss sila jeles dengan melampau)
Dina suruh aku duduk dalam bilik. Ayish suruh keluar bilik. Kena tarik.. sebelah tangan ke kiri, sebelah tangan ke kanan ~ =,='

Oh oh, bila nak pergi sekolah.. "Kak Iqa.. salam."

Hulur tangan, salam.

Aku cakap, "Salam je?" *angkat-angkat kening*

Beberapa saat kemudian, mmuaahhhh. Nah, dapat kiss sorang satu daripada Dina Khalis Fahmy! :)

Setiap hari.. ada je, Kak Iqa situ.. Kak Iqa sini..
Alahai budak-budak.

Kalau diorang tengah gaduh or buat sesuatu yang tak bagus,
terus tanya a.k.a. ugut.. "Nak Kak Iqa balik ke? Sebab tu buat macam tu?"

Hehe. Terus geleng-geleng kepala.
Lalala. Awal-awal lagi diorang dah cakap yang diorang takkan bagi aku balik. Erk. ~ Sebab itu tanpa rasa bersalah main ugut-ugut. Wakaka.

Ada satu malam, Ayish datang kepada aku yang duduk di sofa, kemudian kasi a goodnight kiss kat pipi. Lepas tu dia cakap,"Kak Iqa, I love you. Gudnite."

Cewahh.

Amiy nampak. Terus dia cakap, "Adik pun nak kiss Kak Iqa."
Aku sengih.
Kiss. "Okey kak iqa, love you."

Hamboii korang, romantik bukan main. Haha.

Pstt. Dina 8 tahun. Ayish 6 tahun. Amiy 5 tahun. :)

Hmmmmm..

Tapi, aku rindu rumah jugak. :'(

Rindu laaa. Sangat. Nak balik rumah. Biasalah, aku mana boleh tinggal rumah lama-lama ~ Lalala. Tapi tak apa lah, alhamdulillah Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku.

InsyaAllah.
Ayuh! Keep being a good and strong-hearted girl! =D


* * * * * *

budak kecik - jangan macam ni... please, rindu sangat sangat sangat sangat ni. rindu. T______T



-Love, Orked.-