Monday, January 28, 2013

Happily Ever After


Sebenarnya, tak ada benda pun yang aku nak tulis di sini. Walaupun sebenarnya banyak snagat yang aku nak tulis, yang aku nak cerita. Tentang hidup, hati, sahabat, sekolah, cikgu, kenangan dan segala-galanya. Terlalu banyak sampai semuanya macam berserabut kat hati.

:)

Sungguh, kadang-kadang aku selalu mencari, di manakah letaknya hati aku? Jiwa aku? Ajaib, bukan? Tuhan selalu mencipta keajaiban dan memberinya untuk dinikmati oleh mahkluk-makhluk yang Dia cipta. Tuhan terlalu sempurna.

Pernah baca Kak Arina tulis, bunyinya seakan., kenapa kalau aku resah gelisah bila ada masalah dengan manusia tapi bila jauh daripada Tuhan, tidak pernah rasa gelisah sebegitu?

Rasa macam batu menghempap kepala.
Rasa macam nak lempang diri sendiri.
Rasa macam mahu hantuk kepala pada dinding.

Betul lah, ustazah cakap.. Iman manusia biasa macam aku, kadang bertambah dan kadang berkurang. Bila bertambah, alhamdulillah. Ketenangan itu hadir. Damai itu datang. Tapi, bila berkurang, rasa macam tak mampu nak buat apa-apa untuk bangunkan diri sendiri. Bila dah jatuh, rasa macam perit sangat nak bangkit. Rasa marah pada diri sendiri, tapi dalam masa yang sama rasa macam, tak apalah.. dah nasib jadi macam ini.

What the fish? *marah diri sendiri*

Aku tahu, semua orang baik. Dan, semua orang ada impian dan tekad untuk menjadi yang lebih baik. Good, better and best.

Dan aku, aku sendiri dikelilingi oleh manusia-manusia yang baik.
Manusia yang peduli, yang menyenangkan, yang memberi kasih sayang, yang pemurah, yang membahagiakan, dan yang mengamalkan seribu satu lagi kebaikan.

Tapi, aku?
Apa yang aku buat. =,='

Sangat lah merasakan diri ini betul-betul lembik untuk berjuang menjadi seorang goodgirl. Tidak tahu kenapa, aku sangat menyukai istilah good girl itu. Good girl yang taat pada Tuhan, yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa, yang menjadi kerinduan sahabat, yang memberi manfaat pada muka bumi.

Dan, aku.. sangat lah jauh daripada istilah itu.
T______T

:)

Senyum.

Kalau aku mengalah, sampai bila-bila aku tak akan berjaya. Sampai bila-bila Tuhan tidak akan memandang aku. Tapi, kalau aku mencuba bermakna, sekurang-kurangnya aku akan menjadi orang yang tidak mengalah.. bukan?

Rasa macam sesak nafas bilamana baca Transit Cinta, tentang Tuhan sebenarnya langsung tidak terkesan dengan ketiadaan kita. Tuhan tak rugi pun kalau kita tidak taat pada Dia, Tuhan tak ralat pun kalau kita tak doa pada Dia. Yang rugi, manusia. Sebab manusia langsung tidak boleh hidup tanpa Tuhan.

Bak kata matluthfi dalam video Rokok dan Kopiah (rasanya), ada dialog yang berbunyi..

- "Aku tak boleh hidup sorang-sorang macam ni."

# "Memang la tak boleh. Selagi kau tak bergantung pada yang Tak Mati."

Kita memang tak boleh hidup tanpa Dia, kan?

Tapi, kenapa hati ini lebih terarah mencintai manusia dan isi dunia berbanding Tuhan yang Maha Sempurna?
Sedangkan cinta di atas selagi cinta itu, perlu dilabuhkan buat Tuhan, dan kekasihnya.. Rasulullah.

T_______________T

Astaghfirullah.
Manusia macam aku,
memang tidak pandai menghargai nikmat.

Sedangkan hidup itu, bukanlah selama-lamanya.
Bukanlah boleh dinoktahkan dengan, "And I live happily ever after.", seperti cerita dongeng.


 



-Love, Orked.-



No comments: