Tuesday, December 25, 2012

Si Manis 17 :)


Hari ini, 25 Disember 2012. :)

17 tahun.

17 tahun aku menghirup udara yang Tuhan beri dengan percuma.
17 tahun aku diberi kesempatan untuk menyayangi dan disayangi.
17 tahun aku mendapat nikmat hidup yang cukup sempurna.

Tuhan, terima kasih...

Hari ini, secara rasminya aku bergelar si manis 17. Haha, perasan betul! =D




Aku tak nak apa-apa hari ini, aku cuma mahu agar terus diberi kekuatan untuk mengharungi hidup yang aku tak tahu bila penghujungnya. :) Aku cuma mahu menjadi seorang Syafiqa Izzati yang super kuat, yang tidak pernah berkeluh-kesah, yang sentiasa menyayangi dan disayangi, yang tidak pernah meninggalkan agama, yang taat kepada Tuhan dengan sebenar-benar taat, yang boleh membahagiakan kesayangan-kesayangan hati, yang penyabar, yang tidak mudah melenting, yang selalu bersikap positif, dan yang akan terus bertahan selama mana mampu untuk hidup dalam reda Tuhan.

Semalam, selepas pukul 12, hoho, macam biasa laa... insan-insan tersayang call dan mesej ucap selamat hari lahir. Waaaa, terharu sangat. Hmmm, mungkin sebab hari lahir aku pada 2512, maka senang kot nak ingat. Haha, lagipun aku seorang yang kecoh. Sejak kecil lagi aku suka 'paksa' orang untuk ingat birthday aku. Hihihi, tapi sekarang dah tak dah. Dan, tak sangka.. korang semua masih ingat. Oh, walaupun hanya sekeping sms tetapi cukup untuk menyedarkan aku bahawa aku sentiasa di kelilingi oleh si pria dan si gadis yang jiwa mereka penuh dengan kasih sayang. Sekurang-kurangnya, aku tahu aku tidak sendiri. =D

Dapat call daripada Pqah Qilah, Amni Aqilah dan Hajar Afiah. :) Dapat sms daripada Basirah, Zahir, Dayah CSWK, Husna Muni, Hazim, Wani, Awak, Orang Notts, Suhada, Amanda, Kerol, Husna Madi, Zian, Izzat, Alyaa, Hani, Che Nur, Laa, Adham, Fasiha, Pok May, Aina Diyya, Cg Zmah.

Ada mesej yang membuatkan aku menangis, haha - you know who you are.
Ada call yang membuatkan aku menangis jugak, haha - you also know who you are.

:)

Kenapa aku tulis kat sini? Sebab, suatu hari nanti.. bila aku baca lagi entry ini, aku pasti tersenyum mengenangkan mereka, yang aku sayang! :)

Tuhan, terima kasih untuk hidup yang sangat indah ini.

Love, and be loved. =)


* * * * *


Petang tadi, rasa sedih. Rasa nak menangis. Uhuuuu.

Tetiba terbayang-bayang di kepala ayat yang pernah Awak kasi pada aku suatu ketika dahulu.

"Walau apa pun yang orang buat pada kita, kita jangan balas balik. Dan, kita jangan buat perkara yang sama pada orang lain. Fikirkan perasaan orang."

Ayat tu aku pernah tulis di kertas yang aku lekatkan pada dinding. Aku bangun daripada katil, aku pergi cari ayat itu pada dinding yang penuh dengan kertas-kertas. (aku suka lekatkan kata-kata yang penting dan bermakna, pada dinding)

Yes, that it is. Aku baca balik ayat itu dan aku paksa diri aku senyum. Later, aku cakap pada diri aku sendiri, "Takpe iqa, takpe. *senyum* walau apa pun yang orang buat pada aku, aku tak boleh buat perkara yang sama. Ya, tak boleh. Aku kena sabar."

Aku tarik nafas, dan aku senyum.
This's how it should be.
Learn to control my emotions, no matter how hard it's. :)

Kalau kawan, boleh buat aku macam itu.. aku pun boleh buat hal yang sama. Tapi, aku tak nak buat hal yang sama. Sebab, kawan tu anugerah Tuhan. Paling tidak, dia pernah hadir dalam hidup aku dan pernah mengukir senyuman untuk aku. Aku tak kisah, kalau kawan nak teruskan dengan apa yang dia buat sekarang ini. Yang aku tahu, aku tak nak ambil hati.. sebab aku masih sayang kawan.

Bukankah, 'be a good girl' adalah salah satu misi aku?
yes, i want to be a good girl. (i am trying to be)

doakan! :)


* * * * * *


251295 - 251212.
I want to keep strong. This is my life. I should write the story on my own, because it is mine.

Dear self,
Happy sweet seventeen.
May Allah bless in every breath you have taken.
Be a good girl! Now and forever.  
Yours sincerely,
the other you.




-Love, Orked-



2 comments:

Anonymous said...

Ada mesej yang membuatkan aku menangis, haha - you know who you are.
Ada call yang membuatkan aku menangis jugak, haha - you also know who you are.

hahaha :P

Sya Izz said...

you! :P