Thursday, December 13, 2012

Selamanya Harimau Malaya, di setiap jatuh dan bangun :)


Hai :)

Setakat ini tidak pernah terlepas menyaksikan perlawanan Malaysia. Daripada peringkat kumpulan sehingga separuh akhir! Dan, ternyata perlawanan separuh akhir kedua ini sangat lah mendebarkan jiwa raga. Haha. Serius. Patutlah ada orang kena sakit jantung apabila tengok bola. Huhu. Mahu sawan rasanya! =.='

Okey, sepanjang perlawanan tadi, peristiwa Fadhli kena kad merah dan dia nangis masa keluar padang sangat la menyayat hati. Huhu. Sedihnya rasa. Tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam kena tindas pun ada. Dalam hati, geram je nak !@#$%^&* pengadil. Haha. Ish, tak baik tak baik. Sabaaar. Sabaaaaar. :) Oh, yang muka Farizal hendak disepak oleh pemain Thai pun macam meruntun jiwa juga. Hailaaa. Tiba-tiba rasa berkobar semangat cintakan negara. Saya sayang Malaysia!

Memang, kalau hendak dibandingkan cara pemain Thai buat hantaran bola kepada geng diorang, memang tidak dapat dinafikan lah yang diorang lebih baik dan kemas. Tapi, aku rasa geram sangaaaaaaaaaaat pada pengadil itu! What the fish. Huhuhu.

Tapi, tak apa. Positif. Aku tidak ralat pun bila Malaysia kalah. Sebab aku rasa kita kalah dengan maruah! Dan.. kita tidak boleh menang sepanjang masa, kan? Apa yang penting, sekurang-kurangnya kita telah cuba yang terbaik setakat yang kita mampu! Selamanya Harimau Malaya, di setiap jatuh dan bangun. Saaaayaaaaaaaang Harimau Malaya!

Baiklah, tutup cerita hari ini. Sesungguhnya, hari esok masih ada untuk Harimau Malaya mengaum, yeah yeah, hehehe.

:')





No comments: