Friday, June 21, 2013

Luruhkanlah...

Bilamana yang ada di hati cuma percaya;
bahawa Tuhan telah menetapkan semua sesuatu,
hanya yang terbaik untuk setiap kita,
maka tatkala resah dan renyah menempel,
mengundang air mata untuk jatuh,
kesatkanlah dengan senyuman,
kerana Tuhan lebih tahu daripada segala.

Biar kering jernihnya air yang turun dari mata,
jangan kering daripada kasih sayang Tuhan.

Luruhkanlah.
Biarkan mutiara itu jatuh beransur-ansur...
Lepaskanlah.

Demi Tuhan yang kasihNya ada.
Takkan Dia pergi walau sesaat.

Thursday, June 20, 2013

Yang Sedang Jauh

Angin...
Sampaikan rindu sayang kasihku,
Dengan penuh kehalusan,
Buat cinta-cintaku yang sedang jauh di sana.

Khabarkan pada mereka,
Dengan jujur setulusnya,
Aku di sini baik-baik sahaja,
Sedang cuba untuk bertahan kuat.

:)