Friday, June 21, 2013

Luruhkanlah...

Bilamana yang ada di hati cuma percaya;
bahawa Tuhan telah menetapkan semua sesuatu,
hanya yang terbaik untuk setiap kita,
maka tatkala resah dan renyah menempel,
mengundang air mata untuk jatuh,
kesatkanlah dengan senyuman,
kerana Tuhan lebih tahu daripada segala.

Biar kering jernihnya air yang turun dari mata,
jangan kering daripada kasih sayang Tuhan.

Luruhkanlah.
Biarkan mutiara itu jatuh beransur-ansur...
Lepaskanlah.

Demi Tuhan yang kasihNya ada.
Takkan Dia pergi walau sesaat.

No comments: