Wednesday, June 19, 2013

Kepada kalian yang saya cinta,



Assalamualaikum.

Hai. Kepada sesiapa yang masih kadang-kadang mahu menunggu cerita dari sini. :)

Baiklah, sekarang, secara rasminya aku ialah pelajar Asasi Undang-undang UiTM Pahang Kampus Kuantan 1, Bukit Sekilau. Bila dah TERmasuk dalam arena undang-undang ini, memang aku dah buat perubahan drastik untuk masa hadapan aku. Sungguh, rasa macam..... entah.

Bilamana kita dapat benda yang kita langsung tak tahu apa-apa dan hakikatnya kita perlu mengharunginya untuk sepuluh bulan... itu bukanlah hal yang senang. Sangat susah wuuuuuuuu nak adapt.

Tapi, insyaAllah, segalanya akan baik-baik sahaja. Kan? =)

Seminggu yang pertama--
aku daftar untuk minggu orientasi di Jengka. Serius, sangat meletihkan. Hahaha. Sangat. Sangat. Sangat. Tapi, biasalah, pahit manis. Hmmm. Dalam waktu seminggu itu, tak henti-henti call and text kawan-kawan cakap nak balik. NAK BALIK. Hahaha.

OC--
semua sangat best. Sangat. Kitorang letih sebab aktiviti tapi thanks God sebab ada kakak dan abang OC yang awesome. OC Afifi, OC Syafiqah, OC Raza, OC Nuna, OC Yoe, OC Waji, OC Awatif dan OC-OC yang semuanya seramai 100++++.

Malam terakhir, boleh pulak satu dewan karoake ramai-ramai. Hailaaa. Nyanyi macam-macam lagu. Satu dewan bergema. Haaa, part itu la kot yang aku boleh katakan kenangan manis.

Enough of one week at Jengka.

Dua minggu hingga sekarang--
So far so good.

Serius, tak tipu.
Sekilau sangat sangat sangat sangat best.

Housmates pun gila-gila. Setakat ini, diorang la yang jadi penguat semangat untuk aku stay kat sini.
Wirda, Finna, Aida, Anis, Dayang, Kinnah, Aya, Mahera, Amie, Acube dan Mira.

Kat sini orang panggil aku, Izz,
Yeah, I love that name.

Dan, housmates aku panggil aku, Izz I Zee Zee.
Sebab? Waktu ta'aruf aku cakap, nickname aku Izz. Cara nak eja, I Z Z. (zee)
So, memang Izeezee je la diorang panggil aku untuk suka-suka. Haha. Suka hati korang lah. =P

Nak hidup kat sini, memang tough,
kawan, doakan aku? :)

Aku sedang punya cita cita dan misi baru.
Sememangnya tak mudah, tapi aku kena berdegil dengan diri aku. Aku akan dapatkan apa yang aku nak.
If Allah wills itu.

Kat sini, hidup macam pelangi hujan. Kejap sedih kejap gembira.
Tapi, insyaAllah I will survive. :)

* * * * * *

Kepada kalian yang saya cinta--
jaga diri baik-baik.
hiduplah dengan indah,
sebab setiap saat yang ada takkan terulang lagi.

Kepada kalian yang saya kasih--
moganya sentiasa di bawah lindungan Tuhan.




:)

Salam rindu, semua.




No comments: