Monday, June 24, 2013

Bertahanlah.

Aku bertahan,
Cuma dengan mengeraskan hati.
Setiap hari aku katakan pada diri,
"Bertahanlah. Bertahanlah. Tuhan ada."

Aku pujuk diri,
"Aku takkan mati kalau hidup tanpa manusia."
Kemudian aku senyum kala terguris,
"Tak apa. Tak apa. Tuhan ada."

Itu sahaja sudah cukup,
Untuk memujuk hati.

Tuhan ada.

--belajar untuk tidak berpegang pada manusia,
Kerana kasih sayang mereka surut naik mengikut waktu.

Tapi, Tuhan...
Kekal.

No comments: