Sunday, July 29, 2012

99 Days



99 hari berbaki.


Bila masuk je dalam kelas, cakap pada Husna dan Nazifa, "99 hari lagi.."

Budak dua orang tu buat muka terkejut ahaha atau maksud tersiratnya, diorang nak cakap wuu cepatnya masa berlalu. Bak kata Husna, rasa macam baru awal tahun =.='

Sungguh, satu soklan je yang ustazah tanya secara bersahaja dan soklan tu memang betul-betul aku rasa macam itu soklan maut. Tersentak kejap. Pikir dalam-dalam. Hmmm. Rasa nak nangis pun ada! T_____T Buat aku betul-betul tabik pada mereka yang mampu hafaz satu Quran tu :)

Dah janji pada diri sendiri, jangan lupa Quran, jangan lupa Quran! Walaupun tak mampu nak hafaz satu Quran tu masuk dalam hati, tapi sekurang-kurangnya biarlah sentiasa bermain di bibir. Allah...

* * * * * *

Urus stok buku-buku baru di perpustakaan. Fatin tulis maklumat berkaitan dan aku cuma baca je. Haha. Sebab? Tulisan aku memang tak cantik. Tak dapat tidak, aku memang terbiasa tulis berangkai tapi semestinya macam budak lelaki. Tulisan jawi aku pun tak cantik jugak.

Pernah cuba baiki tulisan, tapi tak pernah nak menjadi. Waahaha.

Oh, segalanya berjalan lancar sehinggalah saat nak rekod maklumat buku-buku Telaga Biru. Buku Tentang Cinta, Mukmin Professional, 101 Rekreasi Hati dan macam-macam lagi betul-betul buat aku rasa teruja. Fatin pun dah naik geram bila aku tetiba tak ingat nak sebut siapa penerbitnya, berapa harganya sebab asyik sangat main belek-belek isi buku. Hahaha.

Rindunya nak beli buku.
Rindunya nak pergi kedai buku.

Cakap kat Fatin, duit raya nanti.. nak guna untuk beli buku!
Hehe. I do love books!

Aku suka pelbagai jenis buku, tapi aku tak akan sesekali beli buku Alaf21 (novel). Hehe. Kalau nak baca pun, pinjam yang Che Ma punya je. Berlambak-lambak. Tapi, selalunya tak minat sangat pun nak baca dengan alasan, tu semua tipikal love story. Huahua. Tengok sinopsis je mesti dah boleh agak pengakhirannya bagaimana. =)

Nak buku. Nak buku. Nak buku baruuu!
Haihhh, sabar sabar. Kumpul duit dulu ~ ^^



 

* * * * * *

Ada satu tajuk dalam buku Tentang Cinta; yang berbunyi *menjadikan aku dan Nabilah tertarik*

anda belum cukup matang jika,
hanya bersikap lemah-lembut dan baik di hadapan perempuan/lelaki pasangan anda sebaliknya mudah panas baran dan senang memaki-hamun adik-adik/ibu-bapa ~

Huuu, cakap kat Nabilah.. "Haa, dengar tu Bilah"
Haha. Nasihat yang cukup berguna tu.. ~

selalu je kena tegur dengan mama; bila gaduh dengan siblings je huahuahua huru hara satu rumah... mama paling tak suka bila kami adik-beradik berbahasa aku-aku sesama sendiri. Bagi kitorang, biasa je la kan. Tapi, maybe bagi mama penggunaan ganti nama tu kasar kot. Tapi, aku dengan Atin selalu je cakap konon-konon bila beraku-aku tu rasa lebih rapat :P

Tapi, mama tetap menentang! Haha.

so, ayat mama yang paling ummmppphhh adalah... "kalau dengan orang lain baik sangat, tapi kalau dengan adik beradik sendiri.........*sambung sendiri*"

hehe. tapi kakak aku memang baik.
tabik toing toing ~



p/s. Hari ni kena 'ketuk-ketuk Ramadan' oleh Ustazah K, Ustazah H dan Ayah Chik. Alhamdulillah

Saturday, July 28, 2012

PLKN


Blog sudah dicat baru :)

Hehe. Sungguh la memang takde kerja. Uhuuu. Konon takde kerja, hehe padahal melambak lagi esei BM BI yang perlu disiapkan. Huhu.

Baru perasan, rupanya 40 posts je yang terhasil setakat ini. Huahuahua. Kalau dulu, memang tak keruan bila tak dapat tulis blog. Tapi sekarang, masa sudah mendewasakan. :D Cewah. Masa-masa kritikal macam ni, tak sempat dah nak update blog nak bercerita itu dan ini tentang sekolah.

Takpe la, lepas SPM nanti... hari-hari nak update!

Oh, cakap pasal lepas SPM... dengan frustnya nak bagitahu bahawasanya *drum roll*



T__________T

Tapi takpelah.. bak kata Nazifa, baik pergi pondok ~

Eh eh, goodluck untuk bebudak tingkatan 3! Esok dah exam trial, huahuahua. Bebudak SPM trial lepas raya. Huuu, dah kena warning dah.. jangan lagha sangat! Jangan lupa buku! =.=

Sebenarnya, dari minggu lepas lagi nak tulis entri Kuala Tahan tapi tak siap-siap. Haha. Nak jugak tulis. Nostalgia terindah tuuu. Haruslah ditulis untuk kenangan pada masa akan datang. Nostalgia :')

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433H


Alhamdulillah, Allah sampaikan aku pada Ramadhan kali ini :)

Sudah 1 Ramadhan 1433H.

Banyak masuk mesej daripada kawan-kawan; ucap Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

Kawan-kawan,
happy ramadhan aidhon!

Tahun ini, rasa syok giler terawih. Hehe, sebab dapat solat jemaah dengan orang kampung. Finally, dah ada masjid pun kampung aku ni :) Semalam jumpa Sara, Ain dan solat satu saf dengan Qilah, Aifaa, Ain AzZahra. Bestnya dapat solat ramai-ramai!

=D

Moga-moga, Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya,
moga lebih bermakna, lebih terisi, lebih bermanfaat
dan lebih mendidik jiwa. Bukan hanya tahan lapar sebab tak makan tak minum,
tapi ada sesuatu yang dapat dipelajari;
ikhlas dan sabar :)

Ameen!



Wednesday, July 18, 2012

Ladies









“Aku bersyukur padaNya, karena telah mengirimkan kepadaku seseorang yang mampu membuatku tertawa, saat aku enggan untuk tersenyum.”


Tia Setiawati Priatna



Monday, July 16, 2012

Tahniah


Rindu Kuala Tahan :(

Nak pergi sana lagi, nak pergi lagi. Nak pergi jumpa pakcik kijang, makcik pakcik tapir, alahaaaaai. Rindu Taman Negara! ^^

Kenangan yang sangat best di sana, insyaAllah hujung minggu ni nak tulis hikayat berserta gambar-gambarnya. Hehe. Rindu sangat nak menulis panjang-panjang, nak ceritaaaaaa tapi tak sempat! Alahai. 112 hari masih berbaki. Erk. Nebes2. T_______T

Nanti lah, cerita pasal Kuala Tahan =D

Erh willa! *selamat tinggal, jumpa lagi*

* * * * * *

Tak tahu nak buat apa. Semua orang sedang berkumpul di dewan makan aspuri, BADAR anjurkan pertandingan nasyid. Huhuhu. Tak rasa nak tengok lah. Masuk bilik guru, pergi dekat Teacher Saodah. Hehe. Cakap itu ini. Teacher cakap, takyah risau nak exam. Tak payah nerveous, sebab kalau dah ready.. memang takkan rasa nebes tu. Haha, teacher cakap, nak kahwen la baru nebes. Haha. Gelak. Teacher, yang nak kahwen tu lambat lagi. Yang dekat sekarang ni SPM, sebab tu nebes. Hehe. =)

Teacher cakap, kalau dapat A English SPM nanti, aku kena belanja Teacher aiskrim. Haha, tapi aku cakap dekat Teacher, yang kalau aku dapat A trial SPM nanti.. teacher yang kena belanja aku drumstick :P

Sayang Teacher Saodah, walaupun tahun ni dia dah tak mengajar aku, but still yeahh I love her. :)

* * * * * *

Cikgu tak masuk lagi ke dalam kelas.

Ambil kertas maths, siapkan. Bila dah siap, tetiba cakap pada diri sendiri,"Yeahh, siap.. you're a good girl, syafiqa izzati"

Pqoh tetiba mencelah,"Suka tengok iqa macam ni. Haha"

Perli lah tu. Husna pulak menyampuk,"Ha'aa. Selalunya kepala tu kasi lap meja"

Cis, korang! Thanks. Dah berapa kali entah aku paksa Husna ucap tahniah pada aku sebab berjaya siapkan soalan-soalan maths yang cikgu kasi. Haha. ^_^

* * * * * *








Sunday, July 8, 2012

Beku





rasa macam dah beku
dah takde jiwa
untuk tulis, untuk tulis dan lepaskan perasaan

tulis, padam
tulis, padam
tulis, padam

pena dah tak berfungsi
jiwa dah tak bermelodi
dah tak mampu nak luah rasa
melalui tulisan, coretan

bila tak boleh tulis
'sakit' tu macam tak hilang
makin lama makin larut dalam hati
sampai lama-lama
makin jauh makin dalam
tersesat di lubuk hati

ada orang suruh bersemangat. ada orang cakap fikir positive. ada orang kata kena jadi budak kuat. dah, dah cuba dah. tapi, kadang-kadang still jugak tak boleh kawal diri, still hidup tunggang-langgang, still rasa nak nangis, still rasa nak let go everything, still rasa nak quit!

hey,
jangan nak drama sangat lah iqa.

T_______________________T

tak suka lah macam ni.
tak suka.
tak mau.
tak nak.

esok sekolah. be good. be a good girl. jangan kalah!






Saturday, July 7, 2012

Dream





Kalau mimpi, biar sampai jadi nyata.






Tuesday, July 3, 2012

Ms. Rose


Sya Izz. gunakan masa yang ada ni sehabis baik ye. you can do it, you can do it, and you have to believe that you can do it! chaiyok2! :)