Sunday, July 29, 2012

99 Days



99 hari berbaki.


Bila masuk je dalam kelas, cakap pada Husna dan Nazifa, "99 hari lagi.."

Budak dua orang tu buat muka terkejut ahaha atau maksud tersiratnya, diorang nak cakap wuu cepatnya masa berlalu. Bak kata Husna, rasa macam baru awal tahun =.='

Sungguh, satu soklan je yang ustazah tanya secara bersahaja dan soklan tu memang betul-betul aku rasa macam itu soklan maut. Tersentak kejap. Pikir dalam-dalam. Hmmm. Rasa nak nangis pun ada! T_____T Buat aku betul-betul tabik pada mereka yang mampu hafaz satu Quran tu :)

Dah janji pada diri sendiri, jangan lupa Quran, jangan lupa Quran! Walaupun tak mampu nak hafaz satu Quran tu masuk dalam hati, tapi sekurang-kurangnya biarlah sentiasa bermain di bibir. Allah...

* * * * * *

Urus stok buku-buku baru di perpustakaan. Fatin tulis maklumat berkaitan dan aku cuma baca je. Haha. Sebab? Tulisan aku memang tak cantik. Tak dapat tidak, aku memang terbiasa tulis berangkai tapi semestinya macam budak lelaki. Tulisan jawi aku pun tak cantik jugak.

Pernah cuba baiki tulisan, tapi tak pernah nak menjadi. Waahaha.

Oh, segalanya berjalan lancar sehinggalah saat nak rekod maklumat buku-buku Telaga Biru. Buku Tentang Cinta, Mukmin Professional, 101 Rekreasi Hati dan macam-macam lagi betul-betul buat aku rasa teruja. Fatin pun dah naik geram bila aku tetiba tak ingat nak sebut siapa penerbitnya, berapa harganya sebab asyik sangat main belek-belek isi buku. Hahaha.

Rindunya nak beli buku.
Rindunya nak pergi kedai buku.

Cakap kat Fatin, duit raya nanti.. nak guna untuk beli buku!
Hehe. I do love books!

Aku suka pelbagai jenis buku, tapi aku tak akan sesekali beli buku Alaf21 (novel). Hehe. Kalau nak baca pun, pinjam yang Che Ma punya je. Berlambak-lambak. Tapi, selalunya tak minat sangat pun nak baca dengan alasan, tu semua tipikal love story. Huahua. Tengok sinopsis je mesti dah boleh agak pengakhirannya bagaimana. =)

Nak buku. Nak buku. Nak buku baruuu!
Haihhh, sabar sabar. Kumpul duit dulu ~ ^^



 

* * * * * *

Ada satu tajuk dalam buku Tentang Cinta; yang berbunyi *menjadikan aku dan Nabilah tertarik*

anda belum cukup matang jika,
hanya bersikap lemah-lembut dan baik di hadapan perempuan/lelaki pasangan anda sebaliknya mudah panas baran dan senang memaki-hamun adik-adik/ibu-bapa ~

Huuu, cakap kat Nabilah.. "Haa, dengar tu Bilah"
Haha. Nasihat yang cukup berguna tu.. ~

selalu je kena tegur dengan mama; bila gaduh dengan siblings je huahuahua huru hara satu rumah... mama paling tak suka bila kami adik-beradik berbahasa aku-aku sesama sendiri. Bagi kitorang, biasa je la kan. Tapi, maybe bagi mama penggunaan ganti nama tu kasar kot. Tapi, aku dengan Atin selalu je cakap konon-konon bila beraku-aku tu rasa lebih rapat :P

Tapi, mama tetap menentang! Haha.

so, ayat mama yang paling ummmppphhh adalah... "kalau dengan orang lain baik sangat, tapi kalau dengan adik beradik sendiri.........*sambung sendiri*"

hehe. tapi kakak aku memang baik.
tabik toing toing ~



p/s. Hari ni kena 'ketuk-ketuk Ramadan' oleh Ustazah K, Ustazah H dan Ayah Chik. Alhamdulillah

No comments: