Tuesday, September 11, 2012

Kawan-kawan Yang Kita Suka



Gambar kelas terakhir, bersama Rushdians! Ya, tahun kelima bersama mereka :)

Mereka yang memberikan senyuman, tatkala kesedihan datang menerpa.
Mereka yang menghilangkan resah gelisah, dengan pelbagai cara yang membikin tawa.
Mereka yang membiarkan damai memeluk hati, tika dunia sedang dilanda kedinginan.
Mereka yang menghulur tangan, tatkala diri ini jatuh berkali-kali, agar tidak kenal erti kalah.

Itulah mereka, walau pernah memberi tangis tetap setia memberi tawa. Menjadi sahabat kepada mereka, mengajar aku tentang apa ertinya kasih sayang, bertolak ansur, tanggungjawab dan segalanya yang aku fikir sangat memberi sesuatu untuk dipelajari =D

Aziz. Zakwan. Ikhwan. Fattah. Syafiq. Asyraf. Ajwad. Najdi. Hazim. Danial.
Ruhaiza. Faezadti. Syafiqa. Farahim. Maisarah. Syahirah. Amirah. Nazifa.
Husna. Nabilah. Fatin. Sya Izz. Zulhilmi. Aishah. Aina. Basirah. Nadiah. Khaleeda. Wan Nabilah.


Itulah mereka, yang aku sayang sangat-sangat.
Kita, masing-masing mempunyai kawan-kawan yang kita suka.
Dan mereka; kawan-kawan yang aku suka! :)



Ps. - Gelak dengan kawan-kawan selepas ambil gambar bersama, sebab berjaya capai misi. Sebelum bergambar, dah usik-usik Aishah (penolong ketua) yang aku nak duduk tepi ketua kelas! Haha. Menggedik la konon. Hehehe. Akhirnya, dapat jugak peluang :P Aishah jangan maraaaaaaaaaaaaaah =D


No comments: