Sunday, September 2, 2012

rasa nak berdoa kat Allah ada tak?


"rasa nak berdoa kat Allah ada tak?"

Dia tanya aku macam itu selepas aku cakap rasa nak mengamuk, rasa tak mahu studi, rasa nak marah orang bla bla bla. Zupppp. Sentap.

 

Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan aku sekarang.
Serius, aku sendiri pun macam, eh ini ke aku? kenapa aku jadi macam ni? aaaaaaaaaaa
Rasa nak belasah diri sendiri, rasa nak ketuk kepala kuat-kuat biar diri sendiri ni sedar

engkau ni kenapa? kenapa jadi macam gini?
tak suka tak suka tak sukaaa!
lepas itu, tak boleh ubah? aaaaaaaaaaaaaaa

tadi, nak cerita, nak ceritaaaa sangat tentang apa yang aku rasa tentang bla bla bla nak ngadu dekat cik SM tapi tak terkeluar. tak tercerita. sebab, rasa kusut sangat. terlalu banyak benda dalam hati ni sampai bila nak cerita je, tak tahu nak cerita yang mana satu dan in the end, huuuuu terpendam kat lubuk hati. terpelosok masuk jauh-jauh, dalam-dalam sampaikan, segalanya macam berterabur.

teringat dulu waktu darjah 6, sukaaa sangat peluk Quran tafsir yang tebal + besar tu bila tido. bertemankan encik garfield. rindunya...

tapi sekarang, tido bertemankan buku-buku spm kat tepi.
dunia, duniaaaa je yang kau pentingkan. patut lah jiwa resah gelisah, rupanya hubungan dengan Allah dah menurun?

nah, kau tak betul-betul bergantung pada Allah kan? kau sayang sangat manusia-manusia yang ada dalam hidup kau, tapi kau sayang Allah sangat sangat sangat tak? aaaaaaaaa

kenapa dengan engkau ni....
jadilah macam dulu.. aku suka diri yang dulu....


balik pada Tuhan, cepat! :'(

T______T

 




PS. - Nak cari encik garfield. nak tido peluk dia kuat-kuat malam ni. :(

PS II. - Ya. Aku tak boleh berhenti menulis. Nanti aku jadi tak betul, -.-'



No comments: