Thursday, August 30, 2012

of Ittifaq's MerdekaRaya


Okay, hari ini ada sambutan merdekaraya kat sekolah. Oh, sambutan raya yang terakhir kat sekolah kot. Ameen :D

Makanya, macam biasa seperti tahun-tahun dahulu semestinya acara dimulai dengan perhimpunan pagi! Sebab dah tahu memang tak akan masuk ke kelas maka terus humban beg di BK. Sempat makan biskut-biskut raya jugak bergambar.. Hehe. Biasalah, untuk kenangan :)

Perhimpunan. Hmmm. Kecoh jugak sebenarnya terutama barisan batch form 5. Haha. Orang lain elok-elok beratur, kitorang masih bergambar dengan barisan yang lintang pukang, riuh rendah haru biru alahai ~ Tak kisah lah. Ini momen terakhir kan. Haha. Banyak cantik! =.=

Ucapan. Nyanyi. Uhuuu. Part yang paling best, bila nyanyi lagu merdeka. Tak, bukan lagu Janji Ditepati itu. Alah, lagu yang bunyinya; buruh nelayan dan juga petani gaya hidup kini dah berubah anak-anak terasuh mindanya lahir generasi bijak pandai pakar IT pakar ekonomi jaguh sukan juga jutawan berkereta jenama negara megah menyusur di jalan raya lalalala okay okay cukup. Haha. Semangat kot kitorang nyanyi. Aku pun tak tahu kenapa batch aku jadi macam aneh sikit. Selalu takde la nak nyanyi penuh semangat. Ceh. Tapi, takpe. Best nyanyi ramai-ramai dengan korang! *senyum lebar-lebar*













Lepas perhimpunan, melepak di BK. Kamera berada di mana-mana sahaja. Hoho. Dan, pergi surau. Dengar ceramah. Tapi, aku tak dengar pun. Sebab sibuk berdrama dengan budak kecik! =) Okai okai. Selesai ceramah, pergi kutip aiskrim free. Ye, percuma ~ Syoknya. Makan, sambil lepak dalam BK;B.Individu dengan budak kecik. Ye, hari ini memang nak duduk dengan budak kecik je. Bukan senang nak cari masa untuk duduk lama-lama. Huhuhu, pagi tadi walaupun tak berapa lama tapi redha je lah :D Terima kasih!

Pergi ambil nasi minyak pulak. Makan. Sambil dengar budak sepet bercerita pasal ehem ehem. Haha. Sejak pergi perkhemahan hari itu, kitorang suka bertiga. Ada budak kecik, dan budak sepet :) Alahai. Sayang korang <3











Setelah perut kenyang, dalam pukul 12 tengah hari, ada teknik menjawab QS. Erk. Berlangsung untuk 2 jam lebih, ehee sebenarnya tak beri perhatian sangat pun. Huhu. Nak balik =P Bukan aku sorang, budak-budak lain pun sama. Lalalala.









Oh. Takde kerja. Yang pakai baju kurung itu, aku. Yang pakai jubah itu, budak sepet! Hahaha. Comel kan kartun-kartun di bawah? Lalala. Aku memang pandai melukis! Kan.



Maka, tamatlah hikayat merdekaraya pada hari ini.
Sekian, terima kasih jumpa lagi..

:)


PS. - Hari ini memang teruk kena 'balun' dek kata-kata berbisa. Huhu. Cg, Budak Kecik. Terasa menusuk ke qalbu. Lalalala. Eh, eh. Hari ini tak pakai baju raya pun. Tudung je raya punya. Haha. Tanya girls kat rumah, diorang cakap cantik baju raya. Tanya boys pulak, diorang cakap baju yang di atas. Papa cakap, cantik yang di atas. Maka, pakai lah baju yang di atas. Haha, pertama kali tanya Papa baju mana yang cantik =P

PS II. - Sedang ber-trial SPM. Minggu pertama telah berlalu. Masih berbaki 2 minggu. Doakan. Huuu, penat

PS III. - Kata-kata yang cukup memberi 'sesuatu'. Terima kasih awak.



No comments: