Thursday, August 30, 2012

IZZ


Baru sedar, semakin hari semakin melembik
semakin tunduk pada cabaran
semakin tidak tahu erti bangkit
semakin jauuuuuh dari kekuatan

tak, ini bukan aku
aku tidak lembik
aku tidak kalah pada cabaran
aku ada kekuatan

tolonglah, tolong cari balik kekuatan itu
dalam nama aku ada terselit Izz
yang maknanya kuat. kekuatan

kalau dah nama pun kuat
takkan masih mahu lembik-lembik lagi
tak malu, untuk kalah dan mengalah?

*senyum sinis*

aku memang, selalu menangkan perasaan!
jangan ikut hati. nanti perasaan pijak akal.

aku kuat. sangat kuat. dan, aku tahu itu.


 

kekal bersemangat! wajib! nak berjaya bukannya senang. bukannya nak harap miracle turun dari langit. jangan mimpi.

ingat, tujuan belajar. apa cita-cita, apa impian. kejayaan itu macam batu loncatan, untuk capai cita dan impian. penat, memang penat. tapiii, semuanya akan berbaloi. have faith.

okai, bismillah.


No comments: