Thursday, August 9, 2012

Kem Es Pi Em


Selasa, Rabu dan Khamis.

Kem es pi em yeah yeahhh. Memandangkan Ittifaq jadi tuan rumah, maka berduyun-duyun la budak-budak dari sekolah PNZ, Ma'arif juga Kuala Besut datang ke sekolah aku. Ahaha. Takde la berduyun-duyun sangat tapi boleh tahan ramai la.

Kitorang dibahagikan kepada 6 kelas. Setiap kelas tu, ada dalam 20 lebih kot bilangan pelajarnya.

Oh, aku kelas 4. Dan, berada di kelas 4 membuatkan aku terasa bagai orang asing di bumi sendiri haha. Mana taknya, since hari Ahad aku sudah dimomokkan oleh kawan-kawan yang aku ini berada di kelas 3. Oh, kawan-kawan kesayangan aku ramai kelas 3. *muka sedih*

Tup tup, bila pagi Selasa, tengok senarai nama cari cari eh eh mana nama aku? Tetiba Fattah yang kat tepi cakap, "Nama mu kat kelas belakang tu. Haha" Kurang asam punya kawan, boleh pulak gelak :P Iye, akhirnya aku sorang-sorang je tersadai kat kelas 4! Alaa. Alaaaa. Merengek dekat Husna, tak mau tak mau. Ish, gedik betul ~

Makanya, pergilah aku merantau ke kelas 4. Yang lelaki memang ramai kelas aku. Yang perempuan ada dalam empat lima orang je sekolah aku. Hehe. Aku kawan dengan Zahra dan Hazazi je :( Oh, Hazazi tu budak tuisyen aku. PNZ. Yang aku hairannya, Hazazi sorang je yang panggil aku Iqah. Ah, manusia sekarang memang aneh-aneh =.=' Yang Zahra pulak, kelas 5K. Uhuuu, seronok je sebenarnya kelas tu~ ^_^

Hari ini, Zahra tak datang sebab belajar Bio. Jadi, duduk sebelah Sham Ida! :D
Dan masih, kawan dengan Hazazi. Hahaha. Bajet anak terbuang gayanya kot, muahaha.

Tapi bayangkan, satu subjek dua slot sekaligus. Dua slot maknanya 4 jam lebih menghadap modul yang cikgu kasi. 4 jam lebih untuk satu subjek. Waaaaaa. *nangis* Sungguh lah merana hahahahaha.

Bila masuk BK, "Cikguuuuuuu. boring la bla bla bla bla."
Kena 'tembak' balik, "Boring sokmo. marin boring, hari ni boring bla bla bla"

Haaa, amik kau. Kan dah kena 'tembakan' bertalu-talu dengan kaunselor kesayangan lalala ~

Kelas 4. Ogos 7-9, 2012. Cikgu Khairul, Teacher Aziah, Teacher ____, Teacher Norliza, Teacher Aminah. ~ Addmath, Physics, Biology, Chemistry; kenangan yang cukup best!

Nak dapat A admet, pijik, khemiyy, bio. Cikgu doakan ya! :D

* * * * * *

Iftaaaar di Bukit Keluang BR. Sebenarnya, geng Mama yang anjurkan iftar untuk anak-anak murid mereka makanya lalalala kita pergi tumpang sekaki haha.

Oh. Bila sampai dekat bahagian restoran, nampak semuaaaaaa cikgu-cikgu baju hijau seragam. Sampai tak cam yang mana satu Mama. Bila dah nampak Mama.. cakap pada Mama, "Macam nak pergi nasyid je haha"

:D








P/S I. Rinduuuuuuuu! Haih. Sabarlah wahai hati ~

P/S II. Ejum dah tuntut hadiah dengan Kak Iqa sebab markah English dia meningkat. Haha. Adieya, Eg, Wahidah pun sama. Bagus budak-budak kecik :) Oh, Hajar jugak. Big proud! ^^ Habis lah Kak Iqa nak kena kasi hadiah kat korang. Huahuahua, takpe takpe. Demi budak-budak kecik A206!



No comments: