Wednesday, August 15, 2012

Athilah & Ramadan Terakhir di Sekolah


Jumpa Athilah hari Isnin. Yeayyy! :)






Petang itu, sedang melepak di BK bersama Cg Zimah dan kawan-kawan. Tup tup, Athilah datang! Aaaaa, terus amik Thilah daripada abang dia. Rindu Thilah! Lama tak jumpaaaa. Tapi, dia diam sikit, huhu sebab demam. Wah, rindu betul pada tawa Athilah. Macam awal tahun hari itu, bilamana bawak Thilah masuk kelas aku dan main dengan budak-budak ini... dia asyik gelak! Dan, cara dia gelak sangat lah kelakar. =D

Tapi, dalam demam sempat jugak makan rambutan! Habis belengas. Tapi tak apa, seronok tengok Athilah makan. Lalalala. Cg Zmah yang sponsor itu rambutan =P

Tak habis-habis cakap dengan cikgu yang aku nak buka tadika sendiri nanti besar! Haha. Siap cakap dengan kawan-kawan, sila hantar anak-anak korang ke tadika saya. =D Tapi, bila fikir-fikir balik, tak tahu akan tercapai ke tidak impian itu. Hehe. :)

 *muka merajuk haha*


Oh, Isnin. Tak belajar. Sekolah buat Majlis Khatam Quran dan Bubur Lambuk. Hoyeahhh ~ Sepanjang hari berada di surau.


* * * * * *

Hari ini hari Rabu.

Sangatlah seronok berada di sekolah sebab Ummi Pengetua kasi kitorang balik pukul 10 pagi tau! Wawawawa. Heaven hihi.

Bila dah tamat perhimpunan pagi, masuk kelas kejap, belajar 'Arab. Kemudian, bertimbun-timbun kitorang dapat kerja sekolah! Arghhh, tahun ini sila beraya untuk sehari sahaja. Cikgu cakap, untuk hari seterusnya, pakai je baju raya sambil baca buku. Hahaha. Tapi, Cg Faridah cakap yang kitorang ini, waktu sekarang je angguk-angguk dengar pesanan cikgu. Tengok la masa raya nanti, konfem tak ingat dah pesanan cikgu! Hahaha, tahu-tahu aje =D

Oh, kelmarin sesetengah budak-budak tingkatan 5 pergi program apa entah. Dapat buku latihan. Waaaa. Yang sebaris dengan aku semuanya dapat subjek Biologi punya. Aku? T_________T Haha. Aku pun tak tahu kenapa tapi aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat tidak suka Bio. Susah lah! Aaaaaaaa.


 






Tapi, dapat buku Fizik yang tebal giler. Haha. Tengok pun dah tak larat! Arghhh. Banyak sungguh kerja yang hendak dibuat. Peperiksaan percubaan pula, bermula 27 Ogos nanti. Tidak tidak tidaaaaaaaaaaaaak! Cuak betul rasanya!

Lepas habis meroyan di dalam kelas, pergi bilik guru. Jumpa cikgu, salam cikgu, mintak maaf dengan cikgu. Tapi, sama je pesanan yang kitorang dapat, "Jangan lupa baca buku!" Erk. Okai okai cikgu-cikgu! Eh eh, dapat duit raya! Waaa. Hari ini, dapat RM 20 hasil pemberian cikgu-cikgu. Yeahh. Yeahhh!

Makanya, pukul 11 lebih, telefon papa. Aaaaa, tapi pukul 1 lebih baru dapat pulang. Memang bosan yang amat menunggu dan sungguh lah bahawa penantian itu merupakan satu penyeksaan yang jitu! Arghhh. Menunggu bersama Cik Mira Sya, Cik Mirah Deny, Cik Pqah Manaf, Cik Erry dan Cik Aimann. Bila dah menunggu lama, masing-masing rasa nak mengamuk je sebab nak cepat-cepat balik rumah! Haha =)

Dan akhir sekali,

Budak Kecik, terima kasih untuk kad raya tersebut! Much love <3






No comments: