Semalam tengok Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Final Badminton Olympics, huuu, dan aku pasti rasanya satu Malaysia duduk tercongak depan tv =P
Aku pun tak tahu kenapa, tapi sejak dahulu lagi, bila CH kena lawan dengan LD, memang aku predict CH takkan menang lalala. Yang semalam pun, haish, berdebar gila waktu mata penentuan tu. Serius, sampai Adam cakap, "Debarnye sero. Rasa macam nak mati." Erk, hiperbola betul budak itu!
Dan, akhirnya LD menang T________T
Tapi, aku betul-betul tabik pada CH. Dia betul-betul cuba sehabis daya, betul-betul cuba sehabis usaha. Tapi, tak ada rezeki.. nak buat macam mana. Ada hikmah laa tu. *buang perasaan frust*
Apa pun, CH is my hero. Real hero of Malaysia =D *nangis terharu*
* * * * * *
Makanya, sila aplikasikan strategi CH dalam study. Kena betul-betul cuba sehabis daya, betul-betul cuba sehabis usaha, baru boleh tawakkal! Tiga bulan je lagi, sabar sabar. Belajar selagi ada peluang. Ye ye, simpan dulu perasaan malas tu ~
Dalam dua hari je, mengadu pada tiga orang. Malasnya malasnya. Malas sangat! Semakin nak exam, semakin malas. Menjadi jadi, haihhh.
Husna Madiha cakap, "Mesti rajin.. 11A kan :) Simpan dlu perasaan malas tu"
Sorang lagi cakap, sila belajar selagi masih ada peluang. *ketuk kepala sendiri*
Pagi-pagi lagi dah masuk BK... "Cikguuuuu! bla bla bla"
Fuh. Okay, jom belajar!!! =D
Okai, hari ini cuti Nuzul Quran. Selasa Rabu Khamis ada kem daerah, tapi buat dekat Ittifaq je pun. Yeah yeah, heaven =D
PS. I - Lee Chong Wei, we loveeeeeeeeeeeeeeeee you! You are the number one =)
PS. II - Argh, kenapa Lin Dan dah tak hensem?! Dulu waktu Olimpik Beijing, aku sokong LD sebab masa tu dia hensem sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat. Hihi. Tapi sekarang, CH di hati <3 *semangat patriotik tinggi*
No comments:
Post a Comment