Saturday, August 18, 2012

Cookies


Kelmarin dari pukul 7.30 pagi, sehinggalah 1 petang.. gigih aku bertapa di dapur! Hahaha.

Biskut raya punya pasal, lalalala. Mula-mula berempat, tup tup di pengakhirannya tinggal aku dengan Farah je yang bertungkus lumus menggelek-gelek adunan biskut waahahaha. Nasib baik ada Farah yang memang diiktiraf oleh Mama bahawa dia merupakan anak perempuan yang paling rajin daripada kami bertiga; kakak-kakaknya! =P

Konklusinya, dalam masa berjam-jam menyelerakkan dapur maka terhasillah biskut Cip Coklat, Badam, Semperit dan 'Arab. Huhu. *ucap tahniah pada diri sendiri*

* * * * * *

Hari ini pulak, digesa oleh Mama untuk kemas rumah. Waaa! Kenapa setiap kali Raya kita kena kemas rumah? Huhuhu. Sekali lagi, bekerjasama dengan Farah men-deko ruang tamu. Ahaks! Deko la sangat. Setakat main alih perabot, susun bunga bla bla bla. Yang penting, cantik!

Cantik la sangat. Eh, eh.. tapi kakak aku cakap cantik! Aku tak ingat dia cakap apa, amazing ke apa haha tapi maknanya cantik la ~ Aku tarik muka je la haha buat buat tak peduli. =P

Kerja-kerja men-deko ruang tamu memang sedari dahulu lagi diletakkan di bahu aku. Since aku waktu kecik pernah bercita-cita nak jadi interior designer jadi aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat suka bereksperimen dengan ruang. Hahaha. Tapi sekarang, dah tak minat dah nak jadi interior designer. Sebab? Aku tak pandai melukis! Kayu! Terus patah semangat ~ Kreatif penting, tapi bila tak tahu melukis, hilaaaaang feel mahu men-deko :(

Apa-apa pun, happy eid mubarak! Kullu 'am wa antum bikhair ~


P/s. Bukak buku Sejarah 1 page, tutup. Ceh. Exam minggu depan la Sya Izz! Sila pergi bukak buku. Arghhh. 'Rajinnya'!

P/s II. Farah adik aku tu, umurnya 7 tahun! =D




No comments: