Saturday, August 4, 2012

of Memories; Taman Negara Pahang


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak kesempatan nak bercerita :D *bajet busy*

Hikayat Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Kalau tahun lepas, untuk perkhemahan Taman Negara Kelantan, Kuala Koh... Kitorang buat bertiga. Ada Akkir, Qilah dan aku. Tapi, tahun ini... handle berdua sahaja sebab Akkir dah tak sekolah :P Tinggal kitorang je la yang masih struggle nak menghabiskan saki baki persekolahan Tingkatan Lima! :) Projek kali ini, aku dengan Qilah yang handle. Huuuuuu. Buat pulak tergesa-gesa. Dalam masa sebulan lebih je =.= Uhuuu kalau tahun lepas, ada jugak masa tiga bulan. Hmmm, takpe lah. Itu pun sebab ada beberapa masalah teknikal. So, bukak je sekolah lepas cuti pertengahan tahun, terus amik projek ni dan buat. :D

Susahnya, tapi itulah yang best! Terpaksa edit-print kertas kerja berkali-kali. Terpaksa masuk pejabat sekolah berkali-kali; faks surat, mintak tandatangan ummi.. bla bla dan bla. Bayangkan, dua hari sebelum bertolak kena edit paper work dan hantar sekali lagi ke JPN sebab tak balance la bla bla bla. Fuh, menguji kesabaran betul. Tapi, alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Yeayy yeayyy! =)

Jadi, inilah cerita perkhemahan kami di Taman Negara Kuala Tahan.

Julai 11, 2012. Rabu

Eksaited wuuuu. Dalam pukul 8.20 pagi, kitorang naik bas dan bertolak ke destinasi. Cewah. Kami duduk bertiga, ada aku... Hajar dan Qilah. Hehe. Kitorang sampai di Jeti Taman Negara lebih kurang dalam pukul 5 petang lebih. Huuu. Lamanya duduk dalam bas. Tapi, sebab masa tu terisi dengan kesayangan-kesayangan hati maka tak terasa pun masa yang lama tu :)

Nak pergi Taman Negara, kena naik bot dahulu. Alah, naik bot beberapa minit saja. Bila dah sampai... haaa alhamdulillah! Cepat-cepat pergi amik wudhuk, dan solat ramai-ramai di atas pelapik. Solat berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit. Sekeliling yang hijauuuuu. Subhanallah, indah sangat! =)

Pasang khemah! Kesian wuuuu kasut Amir. Tak pasal-pasal kena samak sebab waktu kitorang tengah berkumpul ramai-ramai, dua tiga ekor babi hutan datang. Nasib baik ada Mukmin, waaa hero tu. Dia yang sergah sampai lah babi tu lari. Hehe. Gelak je kitorang. Amir pulak dah meraung sakan *hiperbola*, kasut mahal tu cikguuuu hahaha.

Lepas tu, kitorang pergi makan! Lapar lapar. Tapi, sebab Cik Qilah dan Cik Hajar jalan berdua dan tinggalkan aku sorang-sorang kat belakang *padahal aku yang jalan lambat* maka aku pun merajuk dengan diorang! Haha. Takde niat pun merajuk sebenarnya tapi entah, haha tak boleh nak kawal perasaan masa tu. Erk.

Cikgu Rohaya, Izzat siap gelak lagi pada kitorang. Huhu, Cg Aya tanya yang sungguh ke aku merajuk. Aku cakap, sungguh lah. Sambil buat mulut muncung. Haha. Drama betol. Tiba-tiba Cg Aya cakap, kalau kuat sangat merajuk, kan orang tak nak amik jadi kakak ipar. Aku pun, ish ni dah diluar silibus cikgu! haha ~ Aku cakap kat cikgu, biar la. Tahu, yang cikgu acah je. Saja nak memeriahkan suasana. Hehe.

Akhirnya, budak dua orang tu memang berkepit je la dengan aku. Aku sepatutnya dah okey tapi hingga ke malam masih ada saki baki perasaan tu. Huuuu, kesian diorang! Tapi, nak buat macam mana.. aku pun tak boleh nak kawal hati ni. Kah kah kah. Nasib baik cikgu back up aku. Cikgu cakap aku letih kot bla bla bla. Kesiannya aku pada Bucit dan BamBam aku tu. Sorry dears!

Okey, malam tu ada taklimat. Pasal Taman Negara, dan kitorang bahagia kumpulan. Cik Qilah kumpulan 2. Aku dengan Hajar kumpulan 4. Ranjer yang handle kitorang, namanya Abang Sahfran. Serius, cool giler beliau! Ada jugak kakak abang praktikal, rasanya dalam lima orang kot :)

Aktiviti pada malam itu, night jungle walk! Tapi, jungle walk yang tak berapa mencabar la sebab kitorang jalan atas pelantar. Bukan betul-betul atas tanah. Amik-amik gambar, dengar penerangan gitu je la. Cik Hajar pantang nampak pokok yang besar lagi tinggi huuu mesti budak kecik tu akan buat muka teruja. Haha, dik, tak pernah masuk hutan ek? :P Seronok jalan dengan adik aku tu, macam-macam ragam. Tapi kesian dia, sebab aku lagi pelbagai ragam. Tak habis-habis cakap nak balik tido di khemah sebab letih dah main jalan-jalan malam. Budak itu sungguh penyabar!

Konklusinya, masuk khemah.. tido!
Berakhirlah hari pertama di sini :)
















 























Julai 12, 2012. Khamis

Bangun awal! Tapi, air sejuk giler. Menggigil-gigil. Huhuhu, tapi sangaaaaat best! :) Lebih kurang pukul 7 pagi, kitorang pergi sarapan! Lepas makan, maka marilah kita bersenam! Ekeke, Zafar yang mengetuai senaman pada pagi ini. Hehe. Tapi, mungkin sebab kitorang ni bising sangat, tak pasal-pasal kena marah dengan minah salleh yang keluar daripada khemah dia semata-mata untuk buat 'shhhhh' pada kitorang. Haha :( Takpe. Takpe. Pengalaman, huahuahua. Kitorang bantai gelak je lalalala ~ Lepas tu, kitorang berkumpul around pejabat perhilitan ~ Bersenam sekali lagi huhu akhirnya, bersedia untuk Jungle Trekking dan Canopy Walkway. Awesome! Cantikkk! Suka suka suka. Ni la part yang paling ditunggu-tunggu. Masuk dalam hutan, hohoho.

Tapi, bagi aku takde la mencabar sangat along the journey meredah hutan untuk sampai ke platform Canopy Walkway sebab kitorang memang jalan atas pelantar je. Taman Negara Pahang ni memang maju gile-gile ah. Bab yang mencabar pun, bila terpaksa daki bukit guna tali macam gitu je. Selut-selut sikit, licin, huuu. Cuma, pancit jugak la aku nak sampai ke sana! Jauuuuuh! Aku jalan dengan Hajar dan Iqbal je, sebab Qilah kumpulan lain. Aku dan Hajar jalan belakang sekali, Cikgu Azemam pun jalan dengan kitorang. Yang bestnya, saban waktu bergambar. Hahaha, nasib baik ada Iqbal tukang pukul gambar. Cikgu sengih je laa :D

Oh, aku buat gencatan senjata kot dengan Iqbal haha sebab kalau aku sekolah memang aku dengan dia pantang jumpa. Budak tu baru tingkatan 1, tapi sesuka hati dia je cakap aku pendek. Ayat dia yang paling kerap aku dengar, "Kak Pqah pendek." *grrrr* Aku pun tak tahu kenapa dia panggil aku Kak Pqah. Aish, pelik sungguh la budak-budak zaman sekarang. *geleng-geleng kepala* Ah, hutang aiskrim dia aku tak kasi lagi. Aku janji dengan dia kalau dia dapat kutip yuran ahli kelab geo daripada semua budak tingkatan 1, aku kasi dia aiskrim. Waaaaaa. Lepas raya le gamaknya ~

Ramai sangat jumpa pelancong asing! Mereka siap bawak anak-anak kecik lagi. Huuu memang super tabik la aku pada diorang. Maka, mari pasang angan-angan nak bawak anak sendiri pergi melepak di Taman Negara yang terletak di seluruh Malaysia sejak mereka kecil lagi demi menanam rasa cinta akan bumi hijau! InsyaAllah ~ Hahaha. Serius, masuk hutan memang best! Bila asyik berselisih dengan pelancong asing, kitorang main cakap hye-hye bye-bye je la. Hahaha. Ada sorang pakcik Inggeris tu, kitorang cakap, "Hye" lepas tu dia balas, "Hye, selamat pagi". Waaa, terer-nya pakcik! =)

Bila jalan atas jambatan Canopy Walkway tu, takde la gayat sangat pun. Oh, ini Canopy Walkway yang terpanjang dan tertinggi di Asia Tenggara rasanya ~ Huuuu, eksaited! Budak-budak ini tak habis-habis usik K-rol. Almaklumlah, semua orang dah tahu yang dia tu gayat. Sebab, tahun lepas waktu kitorang jalan dekat Canopy Walk Taman Negara Kelantan.. punya la nervous muka dia! Hahaha. Jahatnya gelak. Hehe. Jalan-jalan. Gambar-gambar. Okey, marilah kita pulang! Waaa, perjalanan pergi dan balik yang jauh. Nak tercabut rasanya kaki ni haa ~ Berpeluh-peluh tapi sejuk je badan. Haa, kesegaran udara pagi semula jadi ~ Syoknya!

Balik dari Canopy Walkway, kitorang sambung lagi perjalanan untuk ke sungai ~ Lubuk Simpon namanya kot. Hehe. Jauuuuuh jugak! Jenuh nak jalan. Tapi, bukannya lah perkhemahan namanya kalau tidak berpenat lelah. Cewah. Wakaka. Kat sungai tu, hanya berhenti duduk-duduk sahaja. Budak-budak lelaki je la yang syok main air. Huuu. Damai betul pemandangan sekeliling. Hutan. Sungai. Hijau. Subhanallah, sempurna! Dalam pukul 12 tengah hari, balik ke tapak perkhemahan. Rehat. Makan. Solat. Huuu. Masa tu matahari memang panas terik, jadi memang sangat sangat sangat panas bila duduk dalam khemah. Memang tak boleh nak duduk dalam khemah! Semua orang cuma melepak di sekitar je. Tapi, nak buat macam mana... ada budak merajuk! Hahaha. Terpaksa la berpanas dalam khemah seketika untuk sesi pujuk memujuk. Bila dapat pergi kantin, makan... huuu lega rasanya ^_^

Lebih kurang pukul 2 petang, aktviti Blind Walk! Hurmmm. Tak tahu nak komen apa tapi tak mencabar :( Haha. Setakat jalan pegang tali turun naik tebing dalam hutan huhu ~ Aku cakap macam ni sebab tahun lepas, kitorang main blind walk di TM Kelantan sangat lah menguji kesabaran. Huuu, dengan masuk ke dalam selut, duduk di antara rumput-rumput gatal ahaha memang comot sangat sangat. Dengan pacatnya lagi. Haihh! Sungguh lah best ~ Tapi, yang kat sini, aku sempat tido sementara menunggu kakak fasi lepaskan aku jalan sorang-sorang dengan berpandukan tali. Haha, bukan aku tak tahu, budak-budak ni pun terlelap jugak sebab lama tak tahu nak buat apa ~ Hehe. Tapi, best la jugak. Riuhhhh aje, cuma cabaran je yang kurang =D

Kemudian, masa untuk Rapid Shooting + melawat Perkampungan Orang Asli (Kaum Batek)! Memang amat amat amat amat amat menyeronokkan! Alhamdulillah ~ Rapid Shooting; kitorang konvoi 4 sampan/bot entah la sampan panjaaang tu kot. Lepas tu, kitorang main lumba-lumba sambil simbah-simbah air. Sangat mengujakan! Terutama bila kitorang lalu ikot jeram yang arus berputar-putar ~ Tak tahu macam mana nak cakap tapi super awesome! Memang semua orang basah!

Bila sampai di perkampungan orang asli, ada demo nyalakan api guna kayu. Main sumpit. Tengok rumah diorang. Huuuu. Seronok :) Banyak dapat pengetahuan tentang orang asli. Hehe. Nak tahu tak? Diorang, untuk kahwin, diorang just cakap I love you, I love you too lepas tu kahwin la maknanya. Haaa, senang kan? Tapi, kitorang tak ingat nak tanya Abang Sahfran macam mana kalau cerai =P

Lepas tu, dalam perjalanan balik, berhenti di tepi sungai. Apa lagi, mandi! *eksaited* Tapi tak boleh berenang jauh-jauh sebab bahaya. Hehe, jadi kitorang main di tebing je. Bila kat tebing, kitorang main siapa menyelam paling lama dalam air ~ Semestinya, aku yang menang. Well, biasalah *muka riak* :P Hajar suka main tipu! Dia selam lambat. Tak adil tak adil! =) Main simbah-simbah air, main lumur-lumur pasir sampai dekat kepala haih sangat la berperangai macam budak-budak. Qilah, Hajar.. terima kasih untuk kenangan :')

Dalam lewat petang, baru pulang. Ish, semua menggigil-gigil sebab sejuk gile! =D

Malamnya, ada Karya Hutan, Persembahan juga BBQ. Wuuu. Bab karya hutan, kitorang buat sungai pokok guna daun batu main lekat-lekat jugak kaler-kaler kertas putih yang besar gedebak tu. Haih, bebudak semua kreatif. Untuk persembahan, boys buat nyanyian rakyat atuk oo atuk tu. Satu group perempuan, buat sketsa. Dan, kumpulan aku mendeklamasi sajak. Hakhakhak. Sajak tu aku yang buat, tapi bukan aku yang deklamasikan la hihi.

Kerana kasih benar kasih
Kerana sayang benar sayang
Akan anugerah Tuhan ini

Entah hape hape kot. Panjang sangat, pasal cicak katak harimau ular la. Tema alam sekitar kan =P Yang baris Kasih Benar Kasih tu, tajuk novel sebenarnya hahaha.

Makan sangat la kenyang! Macam macam ada. Ayam, ikan, sotong, sosej, udang, ubi kentang huuu banyaknya makanan ~ Tapi, aku rasa aku badmood sikit kot malam tu hahaha. Selalu je buat perangai. Letih kot. Kesian budak dua orang tu layan aku. Haih. Sayang gile korang! Oh, sempat bergambar-gambar dengan Tapir! Wah, besaaaaar. Pertama kali jumpa Tapir, cikgu cakap memang bertuah la sebab jarang sangat dapat peluang untuk tengok. Heeeee. Pegang tapir, syoknya!

Untuk persembahan fasi, Abang Sahfran nyanyi! Dua lagu loghat orang Asli; Le Le Balert & Rimau Layu. Haha, tak pasti tajuknya tapi lebih kurang macam tu la. Budak-budak ceriaaa je main tepuk-tepuk tangan ikut sama-sama nyanyi walaupun mengantuk gila masa tu sebab dah pukul 12 pagi lebih. Itu yang seronok! Lewat-lewat malam masih berbumbungkan bintang-bintang yang bersinar. Allah, indahnya. Bintang sangat cantik pada malam tu. :)

Okey, tido!




































 





















Julai 13, 2012. Jumaat


Awal-awal dah bangun. Pergi makan, lepas tu kemas tapak perkhemahan =) *sedih* Sempat main dengan Kijang! Hehehe.

Dah siap segala bagai, masa untuk majlis penutup. In the end, bergambar ramai-ramai dengan Abang Sahfran jugak fasi-fasi. Alahai, punya la lama. Kamera empat lima, gaya pulak berbagai-bagai! Ah, rindunya! Kemudian, angkat beg, pergi jeti tunggu sampan. Kitorang orang last naik sampan, bila dah duduk dalam sampan, rasa sedih la! Rasa macam tak nak balik. Tengok Taman Negara Pahang untuk kali terakhir. Alahai, tempat itu betul-betul memberi kenangan yang cukup indah.

Nak naik bas, jauuuuh. Abang Sahfran tanya Qilah boleh angkat tak beg? Lepas tu dia angkat beg Qilah. Haha, aku cakap tak aci. Then, dia bawak beg aku jugak =) We love you Abang Sahfran! Dalam bas, Abang Sahfran kasi nasihat. Belajar betul-betul. Biar sampai universiti. Jangan jadi macam dia. Last sekali, dia cakap, "Erh Willa." Maksudnya, selamat tinggal jumpa lagi! T__________T

Dalam perjalanan pulang, singgah di Kuala Gandah. Tengok gajah hehe. Best la jugak.

Kitorang blah dalam pukul 5 petang ~ Dan, sampai di sekolah tepat jam 1.59 pagi.


 

 











Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Gembira sangat sebab projek ini berjalan lancar. Walaupun buat agak tergesa-gesa, dengan pelbagai masalah huhu akhirnya impian jadi nyata. Qilah, kita berjaya! *tepuk tangan haha*

Entri ini agak panjang, haha sebab ini adalah salah satu kenangan yang sangat bermakna dalam hidup! Bersama teman-teman Nurul Ittifaq =) Dan, sebab ini adalah projek terakhir yang aku dan Qilah handle. Ah. sayang sangat Kelab Geografi! :)





                                                                                                                        Sya Izz | Julai 11-13 2012.
Taman Negara Pahang, Kuala Tahan.
Kelab Geografi, SMKA Nurul Ittifaq.



6 comments:

prince akasyah said...

mohon curi gambar boleh?? haha

Anonymous said...

*bas :P

Izz said...

zahir - sila sila :)

anony - arghhhhh. budak kecik ni!!! =.=' ap bas bas? :P

Izz said...
This comment has been removed by the author.
Izz said...
This comment has been removed by the author.
prince akasyah said...

sape anonymous 2...haha..curi dah..tq..