Selamat Hari Raya!
Raya tahun ini, agak meriaaah pada waktu pagi lantaran Che Ma dan keluarga datang menginap di sini. =) Mana tak meriahnya, pelbagai gelagat dapat aku lihat terutamanya bila masuk bab berhias sakan ini. Hihi. Lepas itu, kitorang sama-sama bertolak balik ke kampung! Ahaaa. Kampung dekat je :P Tapi, aku singgah beraya rumah Tok dulu dekat Gong Kedak, baru pergi rumah Ayoh dekat Pasir Puteh.
Kemudian, kitorang jalan jalan jalan dan makan makan makan sampailah habis rumah nak beraya. Di pengakhirannya, balik semula ke rumah Ayoh dan sambung beraya dengan mak bapak sedara yang baru pulang. Tapi serius, rasa boring gile petang tu takde kerja lain sebab borak dengan makan je. Haha.
Okay la, balik ke rumah dalam lewat petang. Bila sampai je, rasa macam baru balik dari merentas desa haha kuat sangat main jalan-jalan raya =P
Raya Kedua. Semuanya kembali macam biasa. Hahaha. Tak rasa nak raya pun. Agaknya dah kena tulah cikgu-cikgu kot yang doakan anak-anak murid dia hanya beraya sehari sahaja! Aaaaaa.*imaginasi melampau*
Cuma sempat melepak dengan sepupu sepapat yang tersayang je.
Sungguh lah, mood raya dah hilang. Tidak. Tidak. Tidak. Cuma, yang bestnya malam tadi aku dengan anak-anak Pak Cik Alang tido dekat pukul 3 pagi! Hahaha. Nek, Jo, Cah, K Anis, Atin huhu ~ Serius, lama gila tak tido lewat-lewat dan baring sambil bergelap, cerita pasal macam-macaaaaaaaaaam. Oh, rindu diorang! Bukannya selalu pun boleh jumpa, setahun sekali je kot. Masing-masing pun dah busy study di menara gading hahaha tahun depan Iqa pulak nak ikut jejak langkah korang insyaAllah =)
Setahun sekali je tido pukul 3.
Kalau hari lain, mintak ampun lah. Memang awal-awal dah syahid terutama kalau pegang buku Sejarah memang rasa arghhhhh nak korek-korek biji mata =D
Dan, hari ini Raya Ketiga.
Mood raya dah hilang lah :'( Rindunya zaman kecik-kecik. Zaman 24 jam tukar baju raya haha macam Farah adik aku tu, malam-malam pun masih melaram padahal duduk rumah je pun. Haha. Tak macam kakak dia, baju raya pun masih terlipat kemas dalan almari!
Apa pun, raya tahun ini memang raya yang meriaaaaaah. Raya pertama memang sentiasa meriaaaaah, dan harapnya akan berterusan sampai bila-bila. :)
P/s I - Tak rasa yang tahun ni aku akan pergi beraya sakan ke rumah sahabat-sahabat. Huhu. Peperiksaan memusnahkan segala-galanya! ?*alasan*
P/s II - Apa yang jadi pada aku ni?! Kata professional. Wei, waktu kerja.. kerja la. Tapi waktu study, study la! *hantuk kepala pada dinding*
No comments:
Post a Comment