Sunday, August 19, 2012

Dialogues with Irdina

* Irdina *


"Kak Iqa Kak Iqa, cita-cita Kak Iqa apa?"

"Em, Kak Iqa tak tahu la nak jadi apa. Dina pulak, cita-cita apa?"

"Dina nak jadi ahli syurga dan penjual aiskrim!"

"Penjual aiskrim, kenapa?"

"Sebab Dina suka makan aiskrim.. hehe"

- - - - - -

"Kak Iqa Kak Iqa, hobi Kak Iqa apa?"

"Kak Iqa suka tido, hahaha"

"Hahaha, suka tido.."

"Dina pulak suka apa?"

"Dina suka membaca. Dina baca buku bahasa dengan buku matematik dengan buku 70 Hadis."

"70 Hadis... Dina hafal ke?"

"Tak, tapi Dina baru baca 8 hadis."

- - - - - -


"Kak Iqa Kak Iqa dah solat Isya' belum?"

"Belom."

"Jom la solat, Dina dah ada wudhuk"

"Okay, okay.. kejap kejap"

"Kak Iqa, akak imam laa"

"Dina nak solat imam?"

"A'aaa"

"Okay okay, Dina undur belakang sikit.."

- - - - - -

Irdina Mastura. Dina. Sepupu kecik aku yang baru je umur 6 tahun tapi sangaaaat cerdik :')

Dina yang manis.
Dina yang cantik.
Dina yang kiut.

Alahai. Waktu aku kecik-kecik dulu, tak pernah terfikir pun nak bercita-cita jadi ahli syurga, tak pernah pun baca buku hadis dan tak pernah pun mintak nak solat berjemaah. =) *hantuk kepala pada dinding*

Irdina, may Allah bless you! <3

* * * * * *

Salam Aidilfitri 1433H dari Sya Izz dan keluarga! =D
Maaf zahir dan batin.



Hahaha. Sepuluh tahun lagi aku nak bergambar macam ni la dengan keluarga tercinta :P
Sekarang ni, eksyen je dulu dengan sepupu sepapat hahahaha ~



2 comments:

Anonymous said...

po laki bini~

iqa izza said...

hahaha. lucu ~